Sunday, June 8, 2014

Random 11

Assalamualaikum, hai uolss. Sekarang kita tengah musim exam, jadi ada gap panjang sikit untuk exam akan datang. So, here I am! All the best to all my friends who are sitting for final examination, for VIVA presentation and etc. Aim highest with GOD blessing. 


----Hash tag- Throwback- Series------

"My name is Nur Syadiya Iman binti Abdul Khalid, 212222. Actually I've nothing special to share with class but it seems everybody curios about my family and of course  some of my girl friend are excited to know bout my brother so, here I am." Lembut suara Dhiya beralun menahan gugup di hadapan kelas. 

Ini semua gara-gara tugasan kelas Small Group Communication oleh Madam Nunu dan ke-bertuah-an diri dia yang kena bercerita tentang keluarga. Mata memandang telus tanpa arah ke hadapan. Namun terlihat juga senyuman-senyuman menyakat kawan- kawan di bahagian belakang kelas.  Inilah payahnya bila lama tak bercakap dihadapan sampaikan nak ambil mood selesa pun terkial-kial. Mujur kenal semua kawan dan jenis boleh relax saja kalau silap pun.

"Sabar, Dhiya. Sabar. Cool down and take a depth breath. You can do it!" Bisik Dhiya perlahan sebelum kembali kepada tayangan slide dihadapan yang memaparkan gambar keluarga pada hari raya Idulfitri yang lepas. 

"As what you can see from the picture in front of you guys, this is my family. Alhamdulillah and thank to God because HE pleased me to live in such a big family with big brother. Almost. Yes. I've seven siblings and I'm the only girl in the family. Of course the youngest one and the only princess of Abdul Khalid." Iman tersenyum bangga. 

Perasaan rindu dah bertamu di ruang mata. Terbayang wajah Yoep Ed, Cho Am, Angah Lan, Acah, Bangcik Ewan dan Abam Imran. 

Terdengar sorakan satu kelas dan suara-suara nakal nak berkenalan dengan abang-abang. Terdengar juga soalan yang dilontarkan Madam Nunu.

"Is that all your brother?" Suara Madam Nunu bertanya. Tersenyum sedaya upaya menjawab, "yes Madam. The only six heroes that given by Allah to me."

"Unfortunately I'm married. If not maybe I am one of your sister in- law." Keluh Madam Nunu secara berguraau. Dan Dhiya secara spontannya membalas, "what a relief!"

Menjawab punya pasal merasalah jelingan Madam Nunu. Suara-suara lain bertanya masih solokah si abang- abang semua. Boleh ke kalau nak jadi kakak ipar. Dhiya senyum. Itu soalan biasa bila dia perkenalkan si adik beradiknya. 

Setelah hampir 10 minit bersoal jawab didalam kelas dan hampir tamat bagi sesi individu tersebut. Tiba- tiba terdengar suara "aku terima nikahnya" dari kawan-kawan di hadapan. Berpaling semua yang dibarisan hadapan ke belakang sebab nak melihat apa yang bersuara.

Berkerut dahi sekejap melihatkan gajet hitam ditangan Isma yang berbunyi. Handphone aku. Matilah! Isma mesti bukak We Chat keluarga sebab abang-abang dengan saudara mara buat live update pernikahan Abang Reza hari ni. 

"Memang masaklah aku macam ni." Desis Dhiya. Bukan dia tak tahu yang Madam Nunu cukup tak suka penggunaan handphone masa dalam kelas.

"Siapa punya handphone yang bersuara tadi?". Suara Madam Nunu yang lembut tu dah cakap Melayu. Petanda tu. Petanda bakal kena bahan.

"Err, Madam. Handphone Dhiya tapi saya yang pegang, Madam." Isma dah gagap di belakang kelas. 

"Meh sini, I pun nak tengok juga apa yang best sangat dengan video yang ada dalam phone Dhiya tu." Yakinnya Madam Nunu meminta dan mengambil.

Isma pun apa lagi, takut punya pasal laju saja bagi pada Madam. "Bukan video apa pun, just video abang Dhiya nikah hari ni.." Balas si Isma. 

"Eh, abang you nikah hari ni Dhiya? which one? Why you are here?" Madam Nunu ni kan kalau bertanya memang tiada noktah. 

"No lah. That one my cousin. Abang juga tapi lain ayah dengan ibu. Sepatutnya nikah minggu depan sekali dengan majlis sambut menantu, tapi sebab hari ahad tu dah tok kadi tak boleh tu yang awalkan ke hari ni. So ,saya tak boleh lah balik. Cuti Kedah dan Perak kan tak sama." Laju saja Dhiya membalas.

"Ya, family ko memang ramai lelaki ke?" suara Bieha menyoal sayup je.
 Kelas pun dah macam bukak tajuk cerita-tentang- keluarga- Dhiya.

"Hmmm, keluarga sebelah babah saya memang almost 80% lelaki, yang lagi 20% tu perempuan. So jangan pelik kalau ternampak saya keluar dengan ramai lelaki ye. Sebelah ibu pun macam tu jugak tapi masih boleh dikatakan ramai la sikit daripada lelaki." Perlahan Dhiya memberi penjelasan. 

Ya. Adik beradik dan saudara mara sebelah babah memang ramai lelaki dan semua dah besar tagun. Yang paling kecil pun si Fayyad yang sudah umur 14. Sebelah ibu masih ramai la juga perempuan. Tapi masih kecil- kecil. Alhamdulillah bila besar ukhwah tu makin rapat. Terasa seperti adik beradik semuanya. Tambahan pula Ibu dengan Babah memang gemar melayan karenah mereka bila balik kampung, lagilah mengada manja terlebih. Sampaikan ada makcik lain yang terasa sebab kalau balik kampung, rumah aku yang dituju, rumah aku yang penuh berbanding rumah mereka.

"Auwwww, Sweetnya abang Dhiya!" Ja yang berkerumun dekat Madam bersuara teruja bila melihat video yang dibuat khas untuk sapa yang tiada di majlis akad nikah tersebut. 

Tiba-tiba Madam Nunu bangun serentak bersuara, "why not I put it in front and all of you can watch the video too instead of all of you are lock me in your circle. So, class, let watch what Dhiya's brother gonna say about the solemnization."

"OMG! Dugaan apakah ini wahai Madam Nunu." Suara hati Dhiya sudah menjerit. It gonna show everything about the update. Allahurabbi!
"What else I can do Madam, today is my presentation and yet, I didn't show to you guys the video right? So friends, have a pleasure to watch the video and know about my family." Pandangan Dhiya sudah ke hadapan turut menonton video pernikahan abang Reza. Bertuahnya abang Reza, satu kelas tengok pernikahan dia.

"weh, sweetnya abang Dhiya." Entah suara siapa dibelakang.

"Dhiya, kenalkan kami dengan abang-abang ko, ke saudara mara ko. Untung-untung boleh jadi kakak ipar kau, ataupun biras kau." Suara Jiha kemain riang.

Part yang ini memang tak aku nafikan aku pun terasa manis dan terharu bila mana, abang Reza buat ucapan.
"Adik, Happy birthday darling adik! This is your birthday gift sambil dia menunjukkan jari ke arah kakak ipar baru aku dibelakangnya. Abg Za dah nikah, dah ada isteri untuk dicintai, disayangi secara halal! Adik dah ada lagi seorang kakak. Sayangnya adik takde masa ni. Tak apa, minggu depan adik balikkan? We will catch up later. Even abang Za dah kahwin sekalipun you will always be my sister, my love one, my younger buddies, my penyimpan mohor besar okay. Abang Za mohon adik doakan yang baik- baik untuk kehidupan abang Za dengan kakak yang baru bermula ni bahagia hingga syurga ya sayang." Samar-samar suara abg Za kedengaran. Abang Za, kalau bab berdrama memang dialah orangnya. Dari dulu sampai sekarang. Dan video selama 10 minit itu tamat sejurus selepas flying kiss daripada the dulang boys iaitu abang-abang aku yang lain. 

Kelas yang senyap, sesekali ber sok-sek-sok-sek tadi makin riuh rendah bila dapat flying kiss by the dulangs boy.

Memang ada abang Za kata nak berikan hadiah masa kahwin dia nanti, rupanya itu hadiah dia. Hadiah seorang kakak ipar. Paling mahal katanya.

Sampaikan Madam pun ucapkan selamat hari lahir yang baru je lepas 2 minggu lalu.

Kelas pun berakhir bila tugasan ku berakhir. Paling lama. itu pun tak habis sebenarnya. Masih ada yang bertanya perihal abang-abangku. Tapi biarlah. 

Saturday, March 22, 2014

Random Hai!

Assalamualaikum, Hai!


Studying but am not dying. 
Currently busy settle down a few project paper, proposals, looking for internship placement.
 AND all those kind of crush. 
I hate you!!
NO! 
Its not you but your attitude who make me down.

Wanna say, "can you go away and come another day, after everything settle and after you find yourself back?"

CAN YOU?

MISERABLE.
------Me-----

Saturday, February 8, 2014

rant

Aku: "Angah, nantikan kalau kita nak kahwinkan kita nak cari husband macam abang Khairul. Kalau boleh tu yang lagi bagus ada yang sekampung. Serba serbi macam abg Khairul tu ha. Rajin, baik, calon anak soleh tu. Duduk kampung, jaga parent dia. Dengan anak buah dia caring sangat.  Pagi2 dah keluar pergi bendang, orang minta tiling cepat je dia bantu."
Angah: "Ooooo, dalam diam meneliti anak teruna orang.
"Ish, mana ada. Dah selalu nampakkan. Tiap hari lalu lalang depan rumah kita, so orang boleh nampaklah."
Angah: " berminat nampak. Tapi tak payahlah. Orang tu bertunang dah. Tak lama lagi kahwin pun."
" orang baik-baik mesti dah Di booking awalkan Ngah. (muka buat2 kecewa)"
"Jodoh belum berdua."

Saturday, November 23, 2013

Jalan-Jalan Kenal Alam.

Assalamualaikum. Semoga Allah berkati kalian yang membaca. Banyak benda nak cerita tapi malas nak tulis. So just highlight few activity je la eh setelah 2bulan++ di Tanah Jogja.

30.10-1.11: Ujian Tengah Semester. 

Memang Sasau sekejap, tidur tunggang langgang. Berjaga lebih panjang daripada tidur sebab 5 Subjek habis dalam masa 3HARI. Dugaan. Tapi Alhamdulillah selesai.

02.11-09-11: Jogja-Bandung-Jakarta-Bogor.

Dah lama merancang nak keluar daripada Jogja. So inilah masa yang ada, yang lebih panjang nak memanjangkan kaki berjalan, dan nak balik kampung, kita takde kampung kat sini. Try jadi backpacker solo kononnya. Jujur. Ini pertama kali arrange percutian sendiri, booking penginapan, pengangkutan segalanya sendiri. Penat dan lelah itu jadi teman. Siap tanya kawan-kawan atau yang lebih senior pasal travel segalanya. Dan mereka dalam group backpackersmalaysia sangatlah membantu. Buat yang pertama kali travel jauh macam kami memang bingunglah jugak nak arrange mana dulu, jangan segan untuk bertanya sebab kalau memandai sendiri mungkin sampai tapi agak sukar sikit. Dan sepanjang kami ke sini Alhamdulillah, Allah hantar orang-orang yang baru kami kenal, membantu. Walaupun ada servis yang tak berapa ok, mungkin ada misscommunication between each other. Allah Maha Mengetahui.
Bandung, terima kasih kepada pengurusan hotel Mine Home Hotel Cihampelas, Serius. Daripada Operational Manager sampailah staf bawahan dia sangat bagus. Banyak sangat pertolongan dia bagi masa di Bandung. :)(: Pengangkutan Hayuka. Yang ni kurang berkenan sebab ketidaksefahaman memang bermasalah sikit. 

Stasiun Keretapi Jogjakarta. 
Kawasan Ciwidey. Penuh dengan belerang.
Mohon jangan bawa anak kecil bawah umur 6 tahun ke sini. 
 Segalanya ada disini. Nak buat Outdoor activity mcm Flying Fox and etc ada.
nak bagi makan kat arnab boleh, nak petik strawberry pun boleh.
Kiranya sapa nak bawak orang yang tak pernah rasa suasana kampung yang bersawah padi boleh datang sini. siap ada ternakan dan tanaman lain jugak.
Segalanya disini, bukan sekadar Floating Market.
Floating Market, Lembang. Ni kawasan tempat untuk makan.
Keliling dia macam tasik. 
Tangkuban Perahu, Lembang
Tempat ni baru je buka lepas hampir 2 minggu tutup sebab
 dia baru meletuskan lava ke something yang agak bahaya.
 Bau belerang pun masih kuat time ni.
Sepanjang jalan ke Ciwidey. Sangat sejuk mata memandang.
Tasik Situ Patenggang. Ciwidey.
Belakang atau ketengah sikit ada Pulau Cinta. :P

Jakarta. Penginapan free je sebab geng ekonomi UUM ada dekat sini. Turun jumpa diorang, jalan-jalan ke Jakarta, tengok Universitas Indonesia yang moden ditengah bandar. Kenal dengan orang Jakarta. Kenal budaya mereka. Lain sikitlah dengan Jogja. Mungkin sebab mereka orang kota raya =D. Thanks Yana, Bihan dan Yan bawak kami jalan-jalan kenal Jakarta. Kebetulan diorang takde kuliah, so dioranglah yang jadi tour guide kami.


KRL ni mcm LRT la kalau dekat Malaysia.
UI
pandangan dari bawah
Perpustakaan Universitas Indonesia
Bookstore dalam library. Library kita hado? :D
Computer Lab utk library. Memang advance canggih+ mewah
sebab semuanya Produk Apple. 
Design dalam library. 1st time masuk macam Whoaaaa!.haha






Depan library. Ada Starbuck. Ada Korean Cafe.
Memang grand library sini. 
Pelan Universitas Indonesia.

Magnum Cafe. Grand Indonesia :)

Marvelous :D 
Bogor. Ni plan last minit. Konon nak naik sampai Puncak sebab dah dekat sangat tapi MasyaAllah jalan sesak sangat-sangat ditambah dengan hujan makanya perjalanan dipendekkan pergi ke Taman Safari je la. Itupun seharian habis masa dekat situ. Konsep Open Zoo. Kiranya kita boleh drive kereta sendiri pergi tengok haiwan-haiwang yang ada kat situ atau boleh je naik public transport dia. Rimau singa lalu sebelah kereta takde apa pun cumanya jangan turunkan cermin tingkap kereta kalau untuk binatang buas nih. BAHAYA. Nanti korang yg jadi makanan dia. Dalam taman safari ni macam macam ada. Bak kata Yan "sini segalanya boleh, segalanya ada." Dalam zoo ada rumah hantu, ada flying fox, ada game mcm kat funfair tu.  Tiket masuk dia mcm biasalah dia nak bagi harga international RP250000. Tapi sebab si Yana ni yg beli dengan kad student makanya kami dapat kurang la harga sama mcm Indonesia masuk RP140000. haha. 


Dalam taman pun ada Taj Mahal. :P

Burung kakak Tua ni pandai cakap.
 kita cakap bye, dia pun nak bye jugak.
Ni pandangan dari atas.
Cable car.

muka gayat bihan.
Dia takut nak naik, tapi kita paksa :P

nampak tak zebra tu.
biasa tengok dalam kandang.
tapi kat sini terlepas bebas sama macam rimau, singa badak.

Okeh. Dah habis. Banyak ni je gambo yang nak share. Yang lain simpan sendiri-sendiri sudah :) Apepun yang penting tu sambil jalan sambil bersyukur sebab dapat kenal orang-orang yang kita jumpa. Learn something from it. Allah takkan berikan sesuatu dengan saja-saja. DIA nak kita belajar menghargai, dan belajar mensyukuri nikmat alam. Alhamdulillah. Sekian. Sayonara. Kapan-kapan ketemu lagi ya. Semoga Allah Redha. :)





Tuesday, September 17, 2013

03:09:13: Perak bertemu Jawa

Assalamualaikum. 

Ini update yang setelah 2 minggu di tanah jawa Indonesia: Yogyakarta. 03.09.13, 05:15 p.m, selamat mendarat di Lapangan Terbang Adisucipto, Bandara, Yogyakarta. Aku pergi bukan mahu bercuti ya, teman2. Aku perginya membawa amanah daripada pelbagai pihak (macam ramai je). Aku perginya atas tiket PERTUKARAN PELAJAR. Wajib paham istilah pertukaran pelajar ya. 

Tempoh 2 minggu ni macam-macam benda yang aku dapat lihat dan dapat rasa. Orang cakap, "warga Indonesia sibuk masuk Malaysia nak senangkan hidup, kamu sibuk nak pergi Indonesia susahkan hidup." Ya, memang. Akulah si degil yang sibuk nak masuk tempat orang susah yang kebanyakannya melarat. Betul. Hidup dekat sini susah. Bukan aku yang susah, tapi mereka yang susah. Hidup mereka macam yang kalian boleh tengok dalam sinetron yang berlambak kat televisyen Malaysia tu. Yang orang kaya, rumah besar gedabak, bibik bersepah-sepah merata ceruk rumah, yang pergi kemana saja dihantar dan di ambil oleh pak supir. Yang miskin melarat, kerjanya apa? kerjanya jadi pengemis dikaki jalan, di lorong-lorong sempit, busuk, kotor, di atas jalan raya yang sangat sibuk. Berpanas terik tanpa kasut bila berjalan itu perkara normal bagi mereka. Waktu dijalan raya yang kita lihat hanya motor dan kereta, tapi bila berhenti di trafic light keluarlah segala jenis manusia, ada yang buat persembahan, ada yang berjualan dan ada yang minta duit dicelahan sesak kenderaan. Kita rasa apa yang dia buat bahaya, tapi pada mereka itu biasa. Kalau adik2 kita panas terik, duduk rumah layan kartun, main game, tapi disini mereka ada di tepi jalan, di bawah terik matahari membawa bekas menadah duit. Ya, segalanya untuk duit. Segalanya demi memenuhi tuntutan hidup. Disini kalau nak beramal memang mudah, tapi berhati- hati. Sentiasa ingatkan diri sendiri. Kalo seorang kita bagi, dia angkut geng dia yang lain pulak. Macam rangkaian MLM tu :)

Pernah masa bebarapa hari sampai dulu (macam dah lama sangat je :) memberontak nak balik sebab terasa susah. Kemudahan tak lengkap, almaklumlah masa kat UUM nak online semua ok je. Bila-bila masa pun boleh walaupun kadang2 Siserindit tu tenat. Sini, wifi ada, tapi limited. Sedih bak hang. Bila dah biasa dengan sistem belajar dekat Malaysia, sampai sini jadi masalah la kan. Minggu pertama kuliah, muka kami berlima ni lah yang duduk berjam-jam dekat pejabat akademik menyusun jadual. Jenuh menghadap orang atasan sebab nak memahamkan mereka. Muka-muka ni jugaklah yang dok keluar masuk International Office sebab "kemudahan" yang mereka bagi sangat "baik". Sampaikan kacau bilau timbalan dekan FEB UUM bila kami selalu dok call dia. Maaf doktor, kami hanya ada doktor untuk minta tolong :). Sampaikan jadi bengong sekejap, halusinasi terlebih bila nampak kapal terbang lalu kat langit tu, boleh pulak pergi cakap dgn kawan2; "kalaulah kapal terbang tu boleh mendarat kat mana aje, boleh berhenti sesuka hati bila kita lambai mcm tahan bas, memang aku tahan dah suruh hantar balik Malaysia." Macam orang takde pegangan kan selalu sangat dok putus asa. Dah lama sikit barulah otak berfungsi dengan baik, muhasabah diri. Allah letakkan aku dekat sini supaya aku kenal erti hidup, supaya aku lebih paham makna susah, supaya aku reti bersyukur untuk setiap nikmat yang dia bagi dan walau sesusah mana pun hidup sentiasa berusaha. USAHA. Rezeki dan kesenangan tu takde datang terus kat kau then cakap "nah, ni kerja kau, ni rezeki kau Nurul Huda. Kau tak payah buat apa2. Duduk saja. Segalanya ada. Jangan risau." Ni dialog nak makan penampau namanya. Day dreaming :) 

"Berjalan, bermusafirlah, langit Allah itu luas, tanah Allah juga lebar."
Moga Allah berikan kekuatan untuk terus bertahan disini sehingga selesai semuanya.


Special dedicate:
walaupun aku tahu dan pasti diorang takkan baca blog ni. hahaha
Buddies yg jemput kat airport: Aziz n Andre
Tuan rumah tumpangan, his driver n assistant: Pak Rangga Almahendra, Pak jono, n Mbak Umi.
(Maybe sapa yang baca ni boleh google sapa dia Rangga Alamhendra ni. Quite famous here)
Dan semua yang kalut membantu dan memberi kesusahan dan kesenangan pada kami. 
May Allah Bless.

Dear family yang tersangat rindu, jangan risau, k.cik Alhamdulillah baik.
mohon doa yang baik-baik aje.

p/s: Sorry, entri pertama kat Jogja tapi panjangnya meleret dalam pada kata takde idea nak tulis. 
next entry? :D

Saturday, June 15, 2013

Aku Mahu Pelangi.

Kadangkala kita selalu tanya,
selalu bersoal jawab dengan hati,
bermain teka- teki dengan akal,
kenapa teruk sangat nasib kita kan?
hingga terkadang berdengung persoalan dikepala,
tidak bertemu jawapan yang pasti,
airmata jatuh luruh dipipi kerana tidak berdaya mencari kepastian.
hingga terasa tidak wajar diri ini menerima hukuman DIA,
kerap kali syaitan menjerat akal mengajak berpaling kepada dia.
hingga terkadang iman goyah mengikat langkah nafsu.
hingga jiwa yang rapuh bertambah luluh menunduk ke lantai dunia,
melupakan akhirat yang pasti ada untuk kita.

Mungkin!
Mungkin sekarang kita terasa terlalu teruk,
terlalu berat ujian Tuhan,
tapi INGAT,
ALLAH tidak pernah memberikan ujian jika hambanya tidak mampu bukan?
Tanam dalam iman,
Pasakkan dalam akal dan fikiran,
akan datang akhirnya kebahagiaan setelah jerihnya penderitaan,
bertamu akhirnya senyuman selepas tangisan.

PERCAYA, 
bahawa nikmat Allah itu akan datang setelah terjadinya kesusahan.
Tidak kita lihat pelangi jika tidak kerana hujan bukan?
yang baik akan datang jua akhirnya,
Percayalah kepada kuasa Yang Maha Esa.
Insyaallah.

MOHON, 
jangan patahkan semangat aku,
jangan tinggalkan aku terkapai mencari cahaya bila dalam kegelapan.
Mohon bantu aku ya teman.

credit to uncle Google



Yang mohon dibantu,
nurulhuda.
150613
6 syaaban 1434

Friday, June 14, 2013

When there is family.

Assalamualaikum, hollaaaa hollieee :)
Moga kalian semuanya dalam keadaan yang baik, cantik, hensem kacak dan comel sentiasa. Yang tak cantik? Heh! Semua makhluk ciptaan Allah itu hensem dan cantik belakanya :)
Sebenarnya kan post ni dah lama- lama dulu. About 3 month agooooo. Dan disebabkan saya ni TERlebih rajin nak update so, tulis sejengkal tapi angankan draf ni siap sedepa. Sooooooo berangankan? (mohon jangan ikut). So dengan menggunakan mesin masa Doraemon, kembalilah ke tarikh 16 Februari 2013. Tak hadooo maknonyo wujud mesin maso neh. P check kalender bila hari dia :P. Just share a few photo. Dan yang takdak caption tu ampa boh la caption sendiri. 

NIKAH: 16 Februari 2013

Reception: Kg. Sawa
17 februari 2013 :)

24 februari 2013
sekitar majlis di Sg. Manik
rumah bapakku, kerabatku, kampungku, sawah bapakku
Kenduri angah ni terasalah letih sebab ulang -alik balik kampung dari kedah. Tak jauhhhh punnnn! MU yg ckp. Tapi wa yg rasa jauh sbb wa naik bas, MU rempit pakai perdana dia :P. Terasa letih dia lagi sebab kenduri kali ni je yang aku betul2 tolong prepare serba serbi. Masa along hari tu betul2 sampai masa pagi along akad nikah, sambung dengan kenduri rumah kaklong then selang 2 hari lepas tu baru rumah aku. Belum selesai kendara kat rumah, aku dah cabut balik Perlis. Huaaahhhaa. Sekarang baru terasakan? Tapi berbaloilah dengan segala penat sebab boleh kumpul dengan family aku yang cukup gedabak tu. Oh ya, gambar tu hanya suku daripada saudara mara aku. Yang lain tak tahu la ke kemana. Macam tu lah kami kalau kumpul semua adik beradik, saudara mara. macam- macam gaya, macam- macam karenah. Sampai kekadang tu makcik pakcik aku geleng kepala tengok perangai kami. Well...aku bangga ada family besar :)

P/S: Walaupun harta berkoyan ke, panjang sejengkal ke, keluarga tetap yang paling utama.

Sayang selamanya keluarga besar:
*keluarga Haji Alias + Hajah Hajariah.
*Keluarga Haji Panjang dan Hajah Hidayah.