Showing posts with label akucintaalam. Show all posts
Showing posts with label akucintaalam. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Mawar Berduri

Buatmu mawar berduri,
biarlah duri itu terus bersama kamu,
walaupun kamu akan menyakitkan mereka yang memegangmu,
tidak mengapa kerana ia memelihara dirimu dari tangan-tangan kerdil 
yang cuba merosakkan mu
biarlah duri itu terus membaluti dirimu, 
agar dirimu yang cantik terus terpelihara.
biarkan sahaja mata mereka memandang tapi tidak sanggup untuk menyentuhmu,
Teruskan mekar dengan indah mawar Berduri,
jangan bersedih dengan duri yang dikatakan kelemahan itu,
kerana itu adalah kelemahan mereka,
tetapi kekuatan buatmu.
Jadilah bunga terindah yang mahal nilainya.
MAWAR BERDURI~~



aku mawar berduri
17072011
0730