Showing posts with label dearyimannie's. Show all posts
Showing posts with label dearyimannie's. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Perantau sepi


Lewat petang itu, kaki masih melangkah ke tanah berpasir itu.
Batu tegak berdiri itu menjadi saksi kehadiran ku di sini.
Hening suasana tidak aku hiraukan.
Sejuk mencengkam erat seluruh tubuh ku abaikan.
Kaki ku melangkah mengikut arah fikiran dan hati
Untuk apa aku ke mari itu pun aku tidak pasti.
Sekadar melawat dan berziarah mereka yang berada di sana,
Mengucapkan salam yang tiada sempadan,
Mungkin Mencari sebuah ketenangan yang entah datang dari ruang mana.
Mungkin juga mengadu nasib pada jasad kaku yang telah dilitupi tanah,
Mungkin juga menghamburkan kerinduan yang tertanam di lubuk hati,
Atau merenung diri bermuhasabah
mengingatkan diri bahawa ‘rumah’ ku juga bakal berpindah ke sana,
Melihatkan tulisan di batu itu membuatkan aku sedar
bahawa suatu masa nanti nama ku juga bakal terukir di situ,
Dan bila waktu itu sampai menjemput ku,
Istana perlindungan itu juga berubah sekelip mata,
Tiada lagi lantai marmar yang bersinar melindungi kaki,
Bukan juga siling asbestos yang menghindarkan diri daripada panas terik mentari,
Basah lencun dek gerimis hujan yang menyirami alam,
Tidak juga katil yang berlapikkan tilam mewah yang menjadi alas belakang badan berlabuh,
Tiada lagi ruang- ruang kamar yang boleh dikongsikan bersama teman2lain,
Untuk disewakan juga amatlah mustahil,
Tidak ada lagi rumah yang berbeza- beza harganya,
Ruang dan saiz rumah juga sama sahaja,
Yang membezakan saiz rumah kediaman baru hanyalah jantina,
Bukan lagi nama, gelaran, pangkat dan taraf kekayaan yang menjadi ukuran tersebut,
Yang pasti lantai, dinding, atap dan siling hanyalah tanah
yang telah ditetapkan saiznya.
Segala-galanya bertukar tanpa sempat difikirkan,
Yang akan menjadi perhitungan dan persoalan adalah
Amalan harian,
Apakah cukup kebaikan yang ditaburkan dalam setiap saat nafas  hela,
Adakah pelaburan ibadat kita mampu
memberikan pulangan yang menguntungkan di hari akhirat,
dan menyejukkan diri daripada panas neraka,
Mungkinkah kerunsingan mengumpulkan dana pahala itu berbaloi buat membina jambatan ke Syurga.
Yang pasti bukit kecil dosa itu perlu ditarah sebelum ia menjadi sebuah gunung,
Gunung yang merosakkan iman dan taqwa,
Gunung yang menghalang pandangan ke Jannah.
Tinggallah sayang,
Tinggallah pangkat, darjat dan harta,
Jangan hampiri ku jika ia sekadar memberi kebinasaan padaku.
Datanglah iman,
Datanglah Taqwa,
Damping diriku menemui TUHAN ku Yang Maha Esa.


Al- fatihah buat anggota keluarga yang telah kembali bertemu DIA sang Pencipta,
Semoga syurga menjadi istana kalian.

           Dhia Iman,
Tanah kemboja sepi.
S.petani
121210 
06:30PM

Wednesday, June 20, 2012

Ku Punya Kamu

Assalamualaikum,
sahabat sejati, sahabat dihati. (^^,)

kelamnya suasana dekat luar..
memang la kelam sebab awal pagi dah tercongok kat tepi tingkap.
merasai embun subuh dihutan Sintok.
dah lama-lama kesejukan,tak tahu nak buat apa sebab masih ramai yang tidur semula selepas subuh
duduk meja study, tangan tarik lappy.
haih, nak mengadap muka buku la tu. 
eheh! macam tau2 je. :)(:

Login sat tengok apa yang menarik kat situ.
ada 20 notification la. Penangan tak buka semalam.haha
"Mutiara was tagged in a link."
Aih, mende apa la yg depa dok tag nih.
Laju je jari ni mencari link tersebut.

Subhanallah!
ungkapan terharu meniti dibibir,
tanpa sedar ada air mata yang menitis,
ada rindu yang meyapa hati,
ada kenangan yang sedang menari diruang mata ini.

We Shared Smiles, We Wiped the Tears and Through the years
luahan hati seorang teman melalui blognya tentang keberuntungan memiliki sahabat -sahabat disampingnya.
sahabat yang kukenali sejak di matrik Perlis.
and Nurul are listed among of her bestfriend (^^,)
Satu pengiktirafan yang sangat tinggi nilainya.
Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk Nurul mengenalinya.
Dan persahabatan itu masih berlanjutan sehingga kini,
Insyaallah takkan terputus kerana jarak,
Takkan hilang dalam kenangan semalam.


psstt, nak cakap.
Nurul juga bangga sebab ada sahabat sepertimu dan sahabat lain.
 Semoga Allah berkati persahabatan ini.
Sayang selamanya.

luv and hug Fazira, Hafsah, 'Ainur, Syameen.
sahabat A6T9,
sahabat SIGMA,
sahabat UUM.



Tuesday, April 17, 2012

120412= 20tahun (^^,)


ASSALAMUALAIKUM.

eh, Nur dah 20 tahun la.
Alhamdulillah!
segala adalah ats KeizinanNYA.


TUHANKU,
pemegang nyawaku,
pemilik segala kehidupanku.
Terima kasih atas nikmat hidup yang telah Engkau panjangkan kepadaku,
Sesungguhnya ENGKAU lah yang Maha Mengetahui Segala Apa yang tersirat dan yang tersurat.

IBU,
nadi hidupku,
kerana sayangmu, aku disini.
Tak terlafaz ucapan penghargaan terima kasihku padamu kerana kuat untuk membawaku bersamamu selama 9 bulan 10 hari,
melahirkanku dengan penuh kepayahan,
membesarkanku tanpa pernah keluar sepatah pun keluhan penat,
menjaga dan membelai selagi hayatmu dikandung badan,
mendakapku penuh erat saat berduka,

AYAH,
jantung hatiku,
terima kasih!
kerana kasihmu jua ku berada disini,
dengan tanganmu, ku membesar di bumi Tuhan ini.
saat lahir hingga dewasa melindungiku dengan kudratmu,

ABANG, KAKAK, ADIK,
jika ayah dan ibu adalah jantung dan nadi hidupku,
kalian adalah urat hidupku,
terima kasih!
kerana tanpa urat yang kuat segala sendi hidupku merasa sakit.
ukhwah itu telah kusimpul matikan agar ia tidak terlerai.

KELUARGAku,
terima kasih kerana sudi menjadi "pokok" untuk ku berlindung,
"dahan" untukku berteduh,
"akar" untuk menyokong pembesaranku.


SAHABAT,
semoga langkah kita sentiasa berada dilandasan yang betul,
landasan yang Allah redhai dalam menuju cita-cita yang satu.
terima kasih.


KERANA KASIH DARI ALLAH NUR BERNAFAS,
KERANA CINTA DAN PENGORBANAN KALIAN,
NUR BERADA DISINI.

~kek dah rongak, kejutan drpd keluargaku (^^,)



NUR SAYANG KALIAN!!
SEMOGA ALLAH BERKATI KEHIDUPAN KITA SEMUA.


~120412~
nurulhudazaili

Wednesday, February 1, 2012

tips memilih teman baik


"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita.
Kenapa ye?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
Maka,
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari.
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'.
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.


SAYA SAYANG SEMUA SAHABAT SAYA, TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABATKU.

Monday, January 9, 2012

saya rindu awak!



kenangan lalu mengusik kata rindu,
selembut bayu petang,
begitu jua lembut suaranya mengalunkan kalimah Allah.
terdetik dihatiku, apakah berterusan suara itu menemaniku,
saat ku terjatuh, dia menarik semangatku untuk terus bangun,
saat hatiku resah,
dia membisik kalimah Allah agar aku kembali tenang,
saat aku tersasar dan hilang keyakinan,
dia tetap bersamaku mengingatkan apa yang aku lupa,
menjernihkan segala kekaburan,
membawa aku kembali mengenal yg Maha Esa.

Tuhan,
saat ini aku kembali sendiri.
bersama air mata yang jatuh berderai,
aku bangun
mengutip sisa kenangan lalu untuk dicantumkan dalam hati yang rindu,
tiada dia lagi menemani hari- hariku,
tiada lagi suaranya memecah sunyiku,
apa yang ada hanyalah bayang-bayang kenangan semalam,
datang tak pernah dijemput, dan hilang apabila tersedar,
aku sedar hadirnya cuma seketika,
buat pengubat hati yang lara,
pembalut jiwa yang luka,
pemangkin iman yang rapuh,

Tuhan,
dengan kuasaMU aku bertemunya,
dan dengan KuasaMU juga dia kembali kepadaMU,
izinkan aku terus merinduinya,
izinkan aku terus bangun bersama semangatnya,
izinkan aku mengingati kenangan bersamanya,
hanya sebagai ingatan bahawa dia adalah sebahagian daripada hidupku.


Terima kasih kerana menyedarkanku tentang pahit manis kehidupan.


catatan rindu buat yang telah pergi..
semoga Syurga menjadi tempatmu,
amin!

Saturday, January 7, 2012

kawan, sahabat, teman




sesegar hijau daunan,
begitulah kita diibaratkan,
tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
antara kita semua..

seerat simpulan yang tidak terbuka,
seteguh langit tinggi menongkah dunia,
kita mengharung badai atas nama,
kasih insan bersaudara.
sahabat,
Allah tidak temukan kita untuk berkelahi,
bukan untuk berhasad dengki,
apatah lagi menggali kesalahan sesama sendiri,
jauh sekali untuk saling membenci,

TETAPI...
Allah temukan kita untuk saling mengenali,
untuk saling lengkap melengkapi,
DIA temukan kita untuk saling ingat mengingati,
agar kita tidak hanyut dalam dunia sendiri,
Dia temukan kita untuk kita saling bersama memperkukuh iman
dihati,
kerana itulah nilai persahabatan yang sejati.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa
kita ke jalan ILAHI.



Friday, January 6, 2012

kerana Aku, Mereka Ke Neraka.



Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Setiap perempuan pastinya ingin menjadi yang terbaik. Namun, seperti bagaimana ingin menjadi yang terbaik? Walau zahir mereka nampak kabur namun jauh di lubuk hati mereka inginberubah. Mereka tidak pinta mereka kabur namun hati mereka tidak kukuh untuk melangkah keluar daripada zon selesa yang sedia ada. Apetah lagi, tiada dorongan yang kuat daripada sekeliling membuatkan mereka hanya membiarkan niat itu usang di dalam hati tanpa diekspresikan melalui amalan.

“Sesungguhnya agama seseorang adalah bergantung kepada agama (cara hidup) sahabatnya”

Rasulullah SAW sendiri sangat berhati-hati dalam mencari kawan. Jika baik sahabatnya, baiklah juga dirinya dan sebaliknya. Suasana sekeliling itu sangat penting pada diri seseorang dalam proses untuk dia berhijrah ke jalan Allah.

Oleh sebab itu, kita digalakkan agar berada dalam sekeliling yang baik dan membantu dalam penghijrahan kita ke jalan-Nya.

Jika tidak, melesetlah hidup kita kerana mereka. Bukanlah bermaksud kita patut menjauhkan sahabat yang kurang baik tetapi kita digalakkan untuk mencari sahabat yang baik di sampung menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu terutamanya untuk sesiapa yang mula ingin mencari nafas baru ke alam kehidupannya yang baru untuk berhijrah di bumi Jihad hanya kerana Allah.

Namun masih, perempuan yang kabur zahirnya terus mengaburkan hatinya sedangkan Allah telahpun membuka hatinya untuk menerima hidayah. Mereka tidak berusaha untuk mengekspresikan apa yang ingin diubah kepada amalan. Kerap kali sahaja mereka dinasihatkan untuk berubah ke arah kebaikan namun mereka terus menerus mengabaikannya sekaligus menutupkan pintu hati mereka daripada menerima hidayah Allah.

“Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati.”

Tahukah anda? Kerana perempuanlah lelaki boleh masuk Neraka. Perempuan juga sangat berkuasa kerana menjadi fitnah kepada dunia. Oleh sebab kekuasaannya itulah mereka dapat memasukkan lelaki ke dalam Neraka. Terdapat 4 golongan lelaki yang masuk Neraka kerana perempuan:

1. Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suami

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di Akhirat.

4. Anak Lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di Akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Wahai anak perempuan,
Tidakkah dikau mengasihani ayahmu. Dia penat bekerja untuk memberi nafkah. Dia besarkan dikau dengan sebaiknya. Dia korbankan penat-lelahnya untuk besarkan dikau. Mungkin juga ayah tidak menekankan dikau dengan ajaran agama tetapi tidak mahukah dikau berubah untuk selamatkan ayahmu di Neraka. Dia juga bukan ahli maksum tanpa dosa tetapi dia juga melakukan dosa. Malahan dia tidak sendiri tidak dapat menampung dosanya yang tersedia ada.

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”

Haruskah dikau menyalahkan ayah semata-mata kerana dia tidak memberi penekanan yang tegas kepadamu sebagai seorang perempuan? Adakah dikau tidak menyayangi ayahmu? Sanggupkah dikau biarkan ayahmu masuk Neraka HANYA KERANAMU? Mengapa tidak mahu dikau sendiri yang berubah kerana dikau ingin menjaga ayah daripada ditarik ke Neraka?

Sungguh dikau SANGAT KEJAM kerana dikau sengaja biarkan ayahmu ditarik ke dalam Neraka. Dia ayahmu, dia ayahmu, dia ayahmu. Selangkah ayahmu ingin masuk ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Selangkah lagi ayah menuju ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Kasihanilah ayahmu.

Mungkin dia tidak tegas dalam penekanan didikan agama ke dalam dirimu tetapi sanggupkah dikau biarkan ayah masuk Neraka??

Tidakkah dikau sayang dan kasihkan ayahmu??

Sanggupkah dikau biarkan ayah di Neraka sendirian HANYA KERANAMU??

Dia ayahmu. Ayah yang membesarkanmu. Dia didik dikau bagai menatang minyak yang penuh tetapi di Akhirat nanti, dikau biarkan dia di Neraka. Dikau persalahkan dia kerana kurangnya didikan agama. Sanggupkah dikau?

Wahai isteri,
Suamimu adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini. Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih. Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.

Sanggupkah dikau membiarkan dia ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan suami yang dikau cintai ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sungguh biarpun dia diam dengan dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.

Wahai adik perempuan,
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga. Dialah yang akan berpenat lelah untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah yang menjadi penggantinya.

Sanggupkah dikau biarkan abang yang berpenat lelah mengganti ayah mencari nafkah ditarik ke NerakaHANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan abang yang memanjakanmu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan abang yang menjadi tempat kau adu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sungguh biarpun abang diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.

Wahai ibu,
Anak lelakimu adalah darah dagingmu. Ibu pasti sayang anak lelakimu kerana dialah darah dagingmu yang dikau lahirkan, yang dikau belai ketika kecil, yang dikau suapkan makan, yang dikau berikan keperluan tika dia perlukan. Ibu, dia anakmu. Ibu pasti sayang dia dengan perasaan sangat dalam.

Sanggupkah dikau biarkan anak lelakimu yang merupakan anakmu yang sangat disayangi ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan anak lelaki yang dikau lahirkan, suapkan makan dan berikan keperluan, ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sungguh biarpun dia diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.

Sanggupkah kita membiarkan mereka ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU wahai perempuan? Mengapa tidak kita berubah, berusaha menjadi muslimah sejati agar mereka dapat diselamatkan daripada ditarik ke Neraka.

Marilah kita berubah daripada perempuan kepada muslimah sejati agar 4 golongan lelaki ini tidak menjadi mangsa tarikan kita ke Neraka HANYA KERANA PEREMPUAN. Mereka bukanlah ahli maksum yang terpelihara daripada dosa tetapi mereka juga melakukan dosa. Namun jika dosa mereka tidak mampu mereka tampung, apetah lagi, menampung dosa kita.

Ciri-ciri Muslimah Sejati

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


Ya Allah pelihara ayah, abang dan adik lelakiku daripada di tarik ke neraka kerana dosaku mengabaikan perintahMU,

peliharalah iman dan Akhlakku agar aku tidak menyakiti dan membebankan mereka lagi.

kuatkanlah aku dalam mempertahankan hijabku dan memperkukuh imanku.

sesungguhnya KekuasaanMU mengatasi segalanya.


p/s: sayang ayah,ibu, abang,kakak dan adik hingga hujung nyawa (^___^)