Showing posts with label semaian budi. Show all posts
Showing posts with label semaian budi. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Pelukis Impian Ku (^____^)


16 MEI 2012 

SeLaMaT HaRi GuRu!!!!!!!

Buat Pelukis, pewarna impian hidupku bermula dari kecil sehingga kini:

1. Sekolah Tadika Islam, Pekan Rabu

2. Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu





Takku Mampu mendaki tangga universiti tanpa kamu dipermulaan pendakiaan ilmuku,
 Tidakku mampu menggenggam angan-anganku, jika tidak kalian yang membesarkan benih-benih ilmuku,
dan tidakku mampu melangkah mengembara seluruh alam, tanpa penyebaran ilmu daripada kalian.

Semoga kalian terus dan sentiasa kuat untuk mendidik anak bangsa,

TERIMA KASIH,CIKGU



p/s: kome ingat lagi dak cikgu kome??? teman ingat lagi (^^,)


Tuesday, February 28, 2012

Orang berbudi, kita berbahasa.



indahnya rahmat Tuhan,
dalam sepi terdengar kicauan burung didahan nan rapuh,
dalam kelam masih mampu melihat deruan ombak menghempas pantai,
dikaki langit masih berserak awan yang melengkapkan alam.

NAMUN....
pernahkah kita mengucapkan syukur atas nikmatNYA?
pernahkah kita mengatakan terima kasih padaNYA?
pernahkah kita memuji kebesaranNYA?

TIDAK!
yang ada hanya cemuhan apabila panas,
kata nista ketika si burung menyanyi riang diawanan,
merungut tanpa jemu ketika ombak mengejar pantai,

payahnya menjadi manusia yang tidak tahu mengungkapkan kata pujian, kata kesyukuran dan terlalu mahal rupanya harga sebaris kata ucapan "terima kasih" daripada mereka.

wahai insan milik Tuhan,
lembutkan lidahmu ucapkan kalimah ALHAMDULILLAH.
janganlah kedekut untuk mengungkapkan kata terima kasih,
sesungguhnya sifat itu adalah cerminan dirimu
bukan untuk merendahkan akhlakmu,
sebaliknya menjadikan dirimu seorang yang disanjungi pekertimu