Monday, April 4, 2011

ceritera hati.....

taip....padam...taip balik...padam lagi..ish kenapa susah sangat nak citer ni..ha!!! ok dah..dah ada idea pun nak tulis..

saat ini entah kenapa jemariku rajin pula meneruskan tariannya mencari huruf2 untuk disambungkan menjadi sebuah cerita. mungkin kerana dah terlalu lama tidak menarikan jari disini.Bukan tiada cerita tetapi tiada ruang untuk bercerita. study tu perkara biasa la dlm kehidupan nur. tapi yg jadi x biasanya bila masalah timbul time tengah syok study. Bukan nak mengeluh tapi x puas ati je coz dalam banyak2 orang yang dekat dengan dia, nur juga yang dipilihnya. Nur ok je kalau orang nak share problem @ ape je tapi nur tak suka bila tak suka bila time susah baru nak ingat kat kita, bila senang dia buat tak tau je dekat kita.jangankan nak mesej,nak misscall pun susah. Kita pulak yang terhegeh2 tanya khabar dia. nur tak kisah pun tapi terasa hati coz bila susah je ingat kat kita dan berkongsi kesusahan dengan kita. Tapi Alhamdulillah saat sahabatku berikan masalah ini nur ada pendengar yang setia,yang tak pernah jemu mendengar keluahan dan luahan hati nur. DIA tak pernah pergi jauh dari nur walaupun kadang kala nur terlupa DIA sentiasa ada dengan nur. pada DIA lah nur hamburkan segala kesedihan, berkongsi kegembiraan. bila luahkan kat DIA hanya nur dan dia saja yang tau dan yang paling penting takde orang yang sakit hati dengar luahan hatiku dan masalah yang diberikan ada penyelesaiannya.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah sahabat yang setia bersama-sama dikala susah dan senang, bukan sahabat yang macam biskut chipsmore yang kejap ada kejap takde.. semoga kita semua bersuaha untuk menjadi sahabat ynag baik walau apa pun keadaan..amin


No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen