Monday, January 9, 2012

saya rindu awak!



kenangan lalu mengusik kata rindu,
selembut bayu petang,
begitu jua lembut suaranya mengalunkan kalimah Allah.
terdetik dihatiku, apakah berterusan suara itu menemaniku,
saat ku terjatuh, dia menarik semangatku untuk terus bangun,
saat hatiku resah,
dia membisik kalimah Allah agar aku kembali tenang,
saat aku tersasar dan hilang keyakinan,
dia tetap bersamaku mengingatkan apa yang aku lupa,
menjernihkan segala kekaburan,
membawa aku kembali mengenal yg Maha Esa.

Tuhan,
saat ini aku kembali sendiri.
bersama air mata yang jatuh berderai,
aku bangun
mengutip sisa kenangan lalu untuk dicantumkan dalam hati yang rindu,
tiada dia lagi menemani hari- hariku,
tiada lagi suaranya memecah sunyiku,
apa yang ada hanyalah bayang-bayang kenangan semalam,
datang tak pernah dijemput, dan hilang apabila tersedar,
aku sedar hadirnya cuma seketika,
buat pengubat hati yang lara,
pembalut jiwa yang luka,
pemangkin iman yang rapuh,

Tuhan,
dengan kuasaMU aku bertemunya,
dan dengan KuasaMU juga dia kembali kepadaMU,
izinkan aku terus merinduinya,
izinkan aku terus bangun bersama semangatnya,
izinkan aku mengingati kenangan bersamanya,
hanya sebagai ingatan bahawa dia adalah sebahagian daripada hidupku.


Terima kasih kerana menyedarkanku tentang pahit manis kehidupan.


catatan rindu buat yang telah pergi..
semoga Syurga menjadi tempatmu,
amin!

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen