Tuesday, February 21, 2012

bicara sang hati.



Tuhan,
saat ini hatiku tidak kuat menghadapi apa yang berlaku.
Letih dan lelah aku mengukuhkan empangan airmataku daripada pecah dilanda banjir, namun ia tetap runtuh terus mengalir menyusuri pipi.
Adakah bahan yang aku gunakan untuk membina benteng kesabaran adalah bahan yang telah luput tarikhnya atau sukatannya tersasar daripada ukurun si juruteranya (*___*)


Aku tidak mahu menjadi manusia yang rapuh imannya,
Aku tidak ingin menjadi makhluk yang tinggi egonya,
dan aku takkan sesekali menjadi manusia yang sentiasa mementingkan hati sendiri.
Dikala aku tersepit, bantulah diriku keluar dari kesakitan agar aku menjadi manusia yang ada ihsan
Aku takut menjadi manusia yang hilang kewarasannya ditelan nafsu syaitan,
Aku tidak mahu bersaudara dengan iblis yang ingin menguasai nafsu dan terus jauh meninggalkan iman secara sendiri.

Ya Allah, Kuatkan diriku agar aku sentiasa dapat berdampingan denganMU.
gagahkan untuk terus mengingati dalam setiap detik..

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen