Tuesday, March 27, 2012

AKU ANAK KAMPUNG!

memang aku ini anak orang miskin
tiada apa- apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

aku anak kampung tiada pelajaran
kuli- kuli sahaja memang tidak padan
cantik ba kau itu banyak yang tergoda
lagi orang kaya

tiada keretaku bawa kau jalan- jalan
rumahku pun tiada adapun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan kau
sama orang lain

engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah engkau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna..



SOALAN SESEMPUT UNTUK KOME.

1. Siapa pernah dengar lagu nih angkat tangan kanan. \O/

2. Siapa kat sini anak kampung @budak kampung? \O/

3. Apa perasaan korang jadi budak kampung? (jawapan biarlah jujur)



Pengakuan EKSKLUSIF PEMILIK CNI. (^^,)

Saya memang BUDAK KAMPUNG, yang dari dalam perut ibu menetap dikampung, lahir dan membesar dikelilingi sawah padi.
Selut dan lumpur menjadi padang permainanku,
parit, sungai, kolam yang diperbuat daripada tanah
yang mana airnya adalah datang dari parit besar menjadi tempatku berkubang @ orang cakap berenang.
Lintah, pacat dan belut itu perkara normal yang aku lihat, aku rasai sejak dari kecil.
mereka cakap, "malu la jadi budak kampung"..
Saya tak pernah malu untuk mengaku yang saya ni budak kampung, datang dari bendang dan anak seorang petani. Malah saya berbangga kerana lahir dan membesar sebagai budak kampung sebab saya ada pengalaman dan nikmat hidup yang tak semua orang miliki.
saya dapat satu pengajaran dan kekuatan daripada orang kampung untuk teruskan hidup. Saya kenal erti hidup dalam kesusahan untuk melakar sebuah kejayaan.
Orang kampung mundur?hahahaha!
kalau dulu mungkin kenyataan tu betul, tapi sekarang dah moden.
cuba la pergi jengah mana- mana kampung, kalian akan dapat lihat kehidupan kampung adalah lebih baik dan mewah daripada hidup orang bandar. Kalau dulu memang anak-anak kampung selalu tercicir daripada pelajaran, tapi sekarang sila lihat siapa yang lebih cemerlang dalam kalangan pelajar.. Tanyalah diri sendiri ye ^_^

Daripada anak kampung yang tiada apa- apa, mereka bergerak merubah diri sendiri. bergerak untuk melakar kejayaan dan untuk memberitahu dunia bahawa anak kampung yang selalu dipandang rendah mampu dan boleh berjaya. Jadi, jangan pandang randah budak kampung yer!

sekian..........(^^,)

rumahku, kampungku, hidupku :)




pesanhati: oh...Sungai Batu, aku bangga menjadi sebahagian darimu.

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen