Monday, March 5, 2012

pinjamkan aku semangat!

Assalamualaikum.

kali ni Nur nak share sesuatu yang membuatkan hati ini terdetik rasa insaf melihat keadaan sekeliling.

Semalam, 040312 pada hari Ahad, Nur ke Pusat Kesihatan Universiti gara-gara sakit gigi yang masih berlanjutan dan takde tanda2 nak hilang sakit pun.
Bayangkan dari pukul 9 pagi menunggu, pukul 11.15 pagi baru la dapat rawatan.

Sepanjang waktu menunggu utk mendapatkan rawatan, macam2 ragam nur perhatikan.
Ye la dah datang tak bawa buku atau ape pun so masa kebosanan menunggu tu jadi penganalisa pergerakan orang.
Dah rasa macam mesin bancian penduduk dah..hehe
Ada yang wajah "ketat", ada yang khusyuk bersembang dengan penuh gaya dan semangat bercerita dan ada yang juga muka mengantuk tahap kronik nak cari bantal dah.
Dalam khusyuk menjadi penganalisis kedudukan dan kawasan,
tiba-tiba............................

Melintas dihdapan Nur 2 orang lelaki yang sangat berbeza ketinggiannya,
seorang tinggi macam galah, dan seorang insan istimewa dengan ketinggiannya separas pinggang si tinggi lampai itu.

MASYAALLAH!
Selama ni Nur hanya melihat dikaca tv akan insan istimewa seperti ini,
tapi pada detik itu tak terjangka Nur akan berdepan dengan mereka.
saat Insan ini lalu dihadapan laluan untuk ke Pusat Rawatan semua mata memandang kearahnya.
mungkin tergamam kerana sebelum ini tak pernah melihat Insan tersebut.
Keadaan kembali normal, bila Dia hilang dari pandangan.

Alangkah insafnya diri ini dengan nikmat kesempurnaan yang Allah berikan pada Nur.
Walaupun dia serba kekurangan dengan keadaan dirinya, semangatnya cukup tinggi untuk mencari ilmu.
Tiada istilah malu dan rendah diri untuk berdepan dengan orang ramai untuk menuntut ilmu.
DAN..
Buat temannya yang sentiasa disisinya menemani setiap langkahnya, ku ucapkan TAHNIAH kerana sentiasa menemaninya.

Wahai INSAN ISTIMEWA,
pinjamkan aku semangatmu yang kental mengharung hidup,
hulurkan kekuatanmu menghadapi cabaran dan dugaan ILAHI,
agar aku bisa menghadapinya dengan setenang-tenang hatiku.

doaku buat Insan istimewa itu semoga Allah permudahkan segala urusanmu.

RENUNGAN SEPINTAS: kalau orang yang istimewa akan keadaan dirinya mampu untuk belajar dan berusaha untuk berjaya, kenapa kita yang sifat sempurna tubuh badan tak mahu mencari kejayaan untuk diri sendiri dan hanya mengharap pada belas ehsan orang lain?

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERMUHASABAH DIRI (^^,)

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen