Friday, April 20, 2012

Ikan oh Ikan..

assalamualaikum,
hai! hai! hai!
semoga semuanya dalam keadaan yg baik.

walaupun badan lemah gara- gara diserang demam (gatal main gerimis) (^_^) tapi tetap juga nak meng"post" kat laman cahaya ni.
Alkisahnya, minggu lepas pergi kelas kokurikulum kelab Pembangunan Keluarga, tiba- tiba dapat satu tugasan yang pelik dan lain daripada yang lain. Ape ke tidaknye sebelum ni tugasan sekitar pembentangan tentang keluarga, hidup berumah tangga, mengenai perbelanjaan dan sebagainya.
Tiba- tiba! 
Dr.fauzi: "saya ada tugasan untuk awak. Saya nak awak semua lukis gambar ikan, tak kisah la ikan ape pun dalam kertas A4 keras. Lukis cantik-cantik dan mirip rupa ikan yang awak lukis dan hantar pada kelas akan datang."
alaaaaaaa!!
student cakap: "doktor saya tak pandai melukis." "saya lukis hodoh." (nur adalah diantaranya :D)
Dr.Fauzi: 'hmm.. Tak kisah la apepun yang penting minggu depan saya nak tengok ikan awak."

Dan.......
akibat dah tahu diri tak cukup bakat nak melukis, ape yang kulakukan adelah seperti langkah- langkah berikut :-)
1. cari gambar ikan kat internet
2. pilih 1 gambar ikan kemudian print gambar tersebut.
3. ambil sehelai kertas warna putih dan tindankan kertas putih diatas gambar ikan yg di print tadi.
4. lukislah mengikut acuan ikan yang di print.
5. maka hasilnya terlakarlah seekor ikan tiruan.

Akhirnya, bibir ku menguntum senyuman manis kerana dah berjaya "melakar" gambar ikan seperti yang diminta. Dan kumerasakan diriku kembali kezaman tadika :D dan seperti adik ku si kecil Nasuha melukis.






2 comments:

  1. Cantik ikan yang kedua tu.

    Salam perkenalan. Jemputlah datang blog syida jika sudi.

    ReplyDelete
  2. thanks syida. tangan kurang seni melukis. (^^,)
    salam perkenalan..terima kasih singgah ke laman cahaya

    ReplyDelete

ada orang bercahaya komen