Monday, April 23, 2012

Pemilik Rusuk kiriku (=_=)


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diriku
Aku ini tulung rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
cerah atau gelap.
Tampan atau jelek.

Puas aku Membayangkannya.
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahalawan.

Ketika aku menginjak dewasa.
Dikala menuntut di menara,
Timbul satu persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa.

Bagaimana hartanya, 
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas.
Puas aku mencari 
impikan lelaki hartawan.
persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa,
Dikala sedang berusaha bekerja,
Bertanyaku kesekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
dungu atau pintar,
Jahat atau baik.
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman, 
persis seorang beriman.

Kutanya lagi pada diri,
Aku iingin jadi tulang rusuk kiri siapa?

pentingkah rupa?
cukuplah yang sedap dimata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara dan berusaha,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendiri.
bagai tidak layak untuk disunting oleh Pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci.
Bagaimanakah kalau Pemilik rusuk ini diketahui.
Betapa hinanya sirusuk kiri
Pastinya dia menyesal.

Lalu ku tanamkan azam.
Tuhan masih memberiku peluang
Akan kuterus memperbaiki diri,
Bagi melayakkan diriku pada yang terbaik,
Semoga pemilik rusuk kiriku
Akan bahagia bersamaku di dunia hingga akhirat nanti.

credit to my dear friends
kakcik @hasaniyati  :-)

2 comments:

  1. Replies
    1. hamzah: terima kasih kerana singgah..x la..tu sy share drpd kawan baik sy. (^^,)

      Delete

ada orang bercahaya komen