Friday, May 4, 2012

Aku Ingin Seperti Si Bunga

Memulakan sesuatu yang baik itu tidak semudah apa yang lidah tuturkan,
Mengekalkan apa yang baik bukan sesenang apa yang akal fikirkan,
Kadang kala aku hanyut berkelana seperti buih- buih putih didasar laut yang datang bila ombak menghempas pantai,
Kadang- kala aku laksana layang- layang yang kehilangan tuan untuk mengemudinya,
Terhuyung hayang ditengah samudera tanpa arah dan hanya mengikut angin.
Bila hujan turun ia jatuh disatu sudut lain.
Aku ingin menjadi seperti kaktus yang gagah perkasa mempertahankan dirinya ditengah alam,
Aku ingin menjadi seperti semalu yang menguncup melindungi dirinya apabila disentuh oleh siapapun.
Aku ingin menjadi seperti mawar yang apabila ingin dipetik oleh tangan- tangan jahil masih ada duri dibadannya untuk melindungi.
Ya Allah,
Izinkan mereka-mereka yang benar-benar ingin mendidik jiwa halus ini agar terus berada disampingku,
menemaniku dalam sendu, ketawa dan tersenyum dalam bahagia.
Izinkan aku menjadi persis si bunga yang teguh mempertahankan dirinya walaupun berhadapan banyak perosak,
Izinkan aku berjalan mempertahankan imanku dengan berlandaskan ajaranmu yang amat indah walau ku tahu jalan yang kulalui penuh liku,
Izinkan aku menjejaki sifat- sifat kasih si Rasulullah agar aku tahu betapa Baginda menyayangiku walaupun jauh,
Izinkan aku merasa sejuknya kabus syurga setelah kupahami, setelah ku pelajari, setelah kuamalkan segala suruhanMU.
Izinkan hambaMu yang kerdil ini sentiasa mengingatiMu,
terus berada disisiMU tanpa rasa keluh kesah,
kerana ku yakin ENGKAU selalu ada untukku.


luahanhatiwithiman
04052012

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen