Wednesday, November 14, 2012

Di Penghujung Waktu

Assalamualaikum,

Dah berminggu ditinggalkan sepi, Alhamdulillah hari ni ada kelapangan nak ber'blog'. Cuti seminggu, then masuk balik kuliah, padatnya ya ampun dengan program, 'midterm', assignment, kuiz, pembentangan. Rutin yang takkan pernah habis dalam kehidupan seorang pelajar yer dak? Dan sekarang ni UUM tengah cuti lagi sempena Deepavali & Awal Muharam. Ramai yang balik kampung, saya menjadi penunggu setia disini.(setia la sangatkan. hoho) Alasan tak balik kampung, banyak assignment nak buat, kalo balik confirm 200% tak buat la. (elleh! sekarang ni cuti dah masuk ari ke 3, assignment baru satu siap) (>.<)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

kullu 'aam wa antum bikhair .. 
selamat tahun baru .. 
happy new year ..! :')

14 November 2012 Masihi = 29 Zulhijjah 1433 Hijriah.
15 November 2012 Masihi = 1 Muharram 1434 Hijriah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekejap je masa berlalu, tinggal beberapa jam je nak mengakhiri 1433h, dan bertemu tahun 1434h.
Berdoalah sebanyaknya petang ini moga Allah terima segala amalan kita dan mengampunkan dosa dan setiap zarah kesilapan kita sepanjang tahun ini. 

Berdoalah malam ini moga tahun hadapan jauh lebih baik berbanding tahun ini. Berdoalah agar kita menjadi soleh, keluarga kita lebih baik, masyarakat lebih sejahtera, negara yg toyyibah dengan menegakkan Islam.

Walau apa pun azam kita, sebanyak mana pun azam kita, setinggi mana pun darjat kita, berdoalah kepada Allah mohon dipermudahkan segala urusan, diberkati seluruh kehidupan,  dimakbulkan segala Impian, sentiasa diteguhkan iman, sentiasa dizinkan membuat amal kebaikan dan kebajikan, sentiasa diberi taufiq dan hidayah untuk kehidupan yang barakah. Doa itu senjata mukmin. Ia juga satu azam untuk kita menjadi lebih baik. Maka teruskan berdoa.

Mari menjadi hamba yang beriman dan bertakwa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


silakan baca :')


Salam Maal Hijrah 1434.
~ChikNurul~   
Jom sama-sama upgrade 
iman dan Amalan kebaikan kita.


No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen