Friday, December 7, 2012

Kalaulah.....

Assalamualaikum para sahabat. 
Apa khabar iman? 
Cukupkah vitamin dan suplement yang kita beri untuk dia mengembang?
Mudah- mudahan cukup dan terus bertambah sukatannya. 
Iman bertambah sukatan tak mengapa, jangan risau dia takkan meletup macam kandungan kalium, tapi kalau semakin berkurang AWAS iman anda dalam dalam keadaan bahaya. 
Segera dapatkan pertolongan untuk selamatkan dia dari terus hanyut dan lemas.

Dalam hidup ni lidah kita memang dah sebati dengan perkataan KALAU
Teramatlah suka menyebut kalau. 
kalau tak percaya try test cuba kira berapa kali kita sebut KALAU dalam masa sehari.

Bangun pagi: 
KALAUlah ada orang yang tolong gosokkan baju, tolong buatkan sarapan, tolong hantarkan pergi kelas kan seronok. (hakikatnya takde sape pun nak tolong)

Bila ajak program:
KALAU saya ada masa saya pergi k.
(ada je masa tp kdg2 digunakan untuk benda lain)

Bila buat janji:
KALAU aku ingat la.

KALAU aku dah besar nanti, aku nak jadi doktor, nak rawat orang yang sakit,
KALAU aku dah kaya nanti aku nak biaya orang susah, nak pergi Palestin, bantu saudara mara aku dekat sana.
KALAUlah aku pandai takdelah aku kat sini.
KALAUlah aku buat sungguh- sungguh mesti aku boleh dapat yg lebih baik.
KALAUlah aku boleh putarkan balik masa, aku nak betulkan semula keadaan yg lalu.
KALAU lah aku pilih yg ni dulu, mesti takde masalah sekarang.
KALAU aku ada kuasa dah lama aku balas balik apa yg Israel buat kat saudara aku kat Gaza tu.
KALAU salah macam mana.
KALAU gagal macam mana?
KALAU aku kahwin dengan dia macam mana ye.

tu yg kita sedar kita sebut kalau.
memang seronok sebut kalau, tapi berhati- hati bila kalau yg kita dok sebut tu kalau yg buruk sebab bila kita dok sebut, dia dah jadi doa, maka bila doa kita Allah makbulkan.
jika baik, Alhamdulillah.
Jika buruk,Masyaallah!
fikir sendiri ya.

So stop dreaming ya.
sedar diri kembali bahawa kalau itu mainan Syaitan.
Makanya berhentilah ber'kalau' 
Jom sama- sama kurangkan sebut kalau.
daripada dok sebut kalau menyesali sesuatu yang dah lepas, jom sama- sama usaha perbetulkan semula salah di masa lampau untuk kebahagian dan kejayaan akan datang.
daripada dok menyebut kalau entah jadi entahkan tidak, 
entah wujud ke hilang terus,
jom sama-sama doa semoga Allah permudahkan urusan kita memperoleh apa yang kita inginkan,
berdoa kepada Allah lindungi kita daripada kegagalan dan kekecewaan.



love nurulhuda

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen