Sunday, June 8, 2014

Random 11

Assalamualaikum, hai uolss. Sekarang kita tengah musim exam, jadi ada gap panjang sikit untuk exam akan datang. So, here I am! All the best to all my friends who are sitting for final examination, for VIVA presentation and etc. Aim highest with GOD blessing. 


----Hash tag- Throwback- Series------

"My name is Nur Syadiya Iman binti Abdul Khalid, 212222. Actually I've nothing special to share with class but it seems everybody curios about my family and of course  some of my girl friend are excited to know bout my brother so, here I am." Lembut suara Dhiya beralun menahan gugup di hadapan kelas. 

Ini semua gara-gara tugasan kelas Small Group Communication oleh Madam Nunu dan ke-bertuah-an diri dia yang kena bercerita tentang keluarga. Mata memandang telus tanpa arah ke hadapan. Namun terlihat juga senyuman-senyuman menyakat kawan- kawan di bahagian belakang kelas.  Inilah payahnya bila lama tak bercakap dihadapan sampaikan nak ambil mood selesa pun terkial-kial. Mujur kenal semua kawan dan jenis boleh relax saja kalau silap pun.

"Sabar, Dhiya. Sabar. Cool down and take a depth breath. You can do it!" Bisik Dhiya perlahan sebelum kembali kepada tayangan slide dihadapan yang memaparkan gambar keluarga pada hari raya Idulfitri yang lepas. 

"As what you can see from the picture in front of you guys, this is my family. Alhamdulillah and thank to God because HE pleased me to live in such a big family with big brother. Almost. Yes. I've seven siblings and I'm the only girl in the family. Of course the youngest one and the only princess of Abdul Khalid." Iman tersenyum bangga. 

Perasaan rindu dah bertamu di ruang mata. Terbayang wajah Yoep Ed, Cho Am, Angah Lan, Acah, Bangcik Ewan dan Abam Imran. 

Terdengar sorakan satu kelas dan suara-suara nakal nak berkenalan dengan abang-abang. Terdengar juga soalan yang dilontarkan Madam Nunu.

"Is that all your brother?" Suara Madam Nunu bertanya. Tersenyum sedaya upaya menjawab, "yes Madam. The only six heroes that given by Allah to me."

"Unfortunately I'm married. If not maybe I am one of your sister in- law." Keluh Madam Nunu secara berguraau. Dan Dhiya secara spontannya membalas, "what a relief!"

Menjawab punya pasal merasalah jelingan Madam Nunu. Suara-suara lain bertanya masih solokah si abang- abang semua. Boleh ke kalau nak jadi kakak ipar. Dhiya senyum. Itu soalan biasa bila dia perkenalkan si adik beradiknya. 

Setelah hampir 10 minit bersoal jawab didalam kelas dan hampir tamat bagi sesi individu tersebut. Tiba- tiba terdengar suara "aku terima nikahnya" dari kawan-kawan di hadapan. Berpaling semua yang dibarisan hadapan ke belakang sebab nak melihat apa yang bersuara.

Berkerut dahi sekejap melihatkan gajet hitam ditangan Isma yang berbunyi. Handphone aku. Matilah! Isma mesti bukak We Chat keluarga sebab abang-abang dengan saudara mara buat live update pernikahan Abang Reza hari ni. 

"Memang masaklah aku macam ni." Desis Dhiya. Bukan dia tak tahu yang Madam Nunu cukup tak suka penggunaan handphone masa dalam kelas.

"Siapa punya handphone yang bersuara tadi?". Suara Madam Nunu yang lembut tu dah cakap Melayu. Petanda tu. Petanda bakal kena bahan.

"Err, Madam. Handphone Dhiya tapi saya yang pegang, Madam." Isma dah gagap di belakang kelas. 

"Meh sini, I pun nak tengok juga apa yang best sangat dengan video yang ada dalam phone Dhiya tu." Yakinnya Madam Nunu meminta dan mengambil.

Isma pun apa lagi, takut punya pasal laju saja bagi pada Madam. "Bukan video apa pun, just video abang Dhiya nikah hari ni.." Balas si Isma. 

"Eh, abang you nikah hari ni Dhiya? which one? Why you are here?" Madam Nunu ni kan kalau bertanya memang tiada noktah. 

"No lah. That one my cousin. Abang juga tapi lain ayah dengan ibu. Sepatutnya nikah minggu depan sekali dengan majlis sambut menantu, tapi sebab hari ahad tu dah tok kadi tak boleh tu yang awalkan ke hari ni. So ,saya tak boleh lah balik. Cuti Kedah dan Perak kan tak sama." Laju saja Dhiya membalas.

"Ya, family ko memang ramai lelaki ke?" suara Bieha menyoal sayup je.
 Kelas pun dah macam bukak tajuk cerita-tentang- keluarga- Dhiya.

"Hmmm, keluarga sebelah babah saya memang almost 80% lelaki, yang lagi 20% tu perempuan. So jangan pelik kalau ternampak saya keluar dengan ramai lelaki ye. Sebelah ibu pun macam tu jugak tapi masih boleh dikatakan ramai la sikit daripada lelaki." Perlahan Dhiya memberi penjelasan. 

Ya. Adik beradik dan saudara mara sebelah babah memang ramai lelaki dan semua dah besar tagun. Yang paling kecil pun si Fayyad yang sudah umur 14. Sebelah ibu masih ramai la juga perempuan. Tapi masih kecil- kecil. Alhamdulillah bila besar ukhwah tu makin rapat. Terasa seperti adik beradik semuanya. Tambahan pula Ibu dengan Babah memang gemar melayan karenah mereka bila balik kampung, lagilah mengada manja terlebih. Sampaikan ada makcik lain yang terasa sebab kalau balik kampung, rumah aku yang dituju, rumah aku yang penuh berbanding rumah mereka.

"Auwwww, Sweetnya abang Dhiya!" Ja yang berkerumun dekat Madam bersuara teruja bila melihat video yang dibuat khas untuk sapa yang tiada di majlis akad nikah tersebut. 

Tiba-tiba Madam Nunu bangun serentak bersuara, "why not I put it in front and all of you can watch the video too instead of all of you are lock me in your circle. So, class, let watch what Dhiya's brother gonna say about the solemnization."

"OMG! Dugaan apakah ini wahai Madam Nunu." Suara hati Dhiya sudah menjerit. It gonna show everything about the update. Allahurabbi!
"What else I can do Madam, today is my presentation and yet, I didn't show to you guys the video right? So friends, have a pleasure to watch the video and know about my family." Pandangan Dhiya sudah ke hadapan turut menonton video pernikahan abang Reza. Bertuahnya abang Reza, satu kelas tengok pernikahan dia.

"weh, sweetnya abang Dhiya." Entah suara siapa dibelakang.

"Dhiya, kenalkan kami dengan abang-abang ko, ke saudara mara ko. Untung-untung boleh jadi kakak ipar kau, ataupun biras kau." Suara Jiha kemain riang.

Part yang ini memang tak aku nafikan aku pun terasa manis dan terharu bila mana, abang Reza buat ucapan.
"Adik, Happy birthday darling adik! This is your birthday gift sambil dia menunjukkan jari ke arah kakak ipar baru aku dibelakangnya. Abg Za dah nikah, dah ada isteri untuk dicintai, disayangi secara halal! Adik dah ada lagi seorang kakak. Sayangnya adik takde masa ni. Tak apa, minggu depan adik balikkan? We will catch up later. Even abang Za dah kahwin sekalipun you will always be my sister, my love one, my younger buddies, my penyimpan mohor besar okay. Abang Za mohon adik doakan yang baik- baik untuk kehidupan abang Za dengan kakak yang baru bermula ni bahagia hingga syurga ya sayang." Samar-samar suara abg Za kedengaran. Abang Za, kalau bab berdrama memang dialah orangnya. Dari dulu sampai sekarang. Dan video selama 10 minit itu tamat sejurus selepas flying kiss daripada the dulang boys iaitu abang-abang aku yang lain. 

Kelas yang senyap, sesekali ber sok-sek-sok-sek tadi makin riuh rendah bila dapat flying kiss by the dulangs boy.

Memang ada abang Za kata nak berikan hadiah masa kahwin dia nanti, rupanya itu hadiah dia. Hadiah seorang kakak ipar. Paling mahal katanya.

Sampaikan Madam pun ucapkan selamat hari lahir yang baru je lepas 2 minggu lalu.

Kelas pun berakhir bila tugasan ku berakhir. Paling lama. itu pun tak habis sebenarnya. Masih ada yang bertanya perihal abang-abangku. Tapi biarlah. 

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen