Monday, December 17, 2012

Sakitnya DiTolak

Assalamualaikum. W.B.T

minggu yang stresssss!
hayyooooo!
Tajuk assignment di reject. (oh, itu perkara biasa)
ok, fine!
Kelas seterusnya bawa 3 jurnal the tunjukkan kat Prof yg comel,
1 pada Jannah, my coursemate. Minta tolong dia tunjuk.
Situasi saya sendiri.
Tunjuk jurnal dengan perasaan takut gara2 fobia kene reject.
Prof: "ni tak boleh, dah ada yang buat."
Me: 'Ok, yang ni.' (sambil tunjuk jurnal ke-2)
Lama matanya membaca. yg Nurul kat depan dia dah ketap bibiaq.
Doa-doa tak direject
Prof: "kesan perbelanjaan bla bla blaa. Ok, teruskan. Yang macam ni la yang saya nak"
Alhamdulillah!....
muka macam baru lepas mandi bunga, berseghi-seghi. Itu fakta org, nurul tak tau orang mandi bunga macam mana muka dia.
Situasi Jannah yang sangat sempoi.
Jannah: Prof, yang ni boleh?
Prof: meneliti sesaat,"ok."
only one word dah diterima.
Whoaaa! kagum sat.
Settle turn kami, bila p kat orang lain, masing2 muka tak puas hati, mengeluh sebab kena reject.
Jannah: weh, ni hang punya jurnal lagu mana neh? (dia ni budak utagha baq ang)
Me: ambik la kat hang, hang takdak lagikan?
Jannah: xpa neh?
Me: takpa. aku punya ada dah.(Baik x saya)

Pembentangan pula.
Dikritik pula.
bertubi-tubi datang serangan daripada pensyarah.
sebelum ni dok tengok kumpulan lain bentang, kumpulan kami?
seghiau taw dak.
Antara kata-katanya:
saya taknak jawapan macam ni.
saya tak nampak apa point awak dekat sini.
apa penglibatan dia pada negara.
apa macam ni, bagaimana macam tu, kenapa jadi lagu tu, sebab apa?
bagi jawapn tak payah dok kona p, kona mai. 
tudiaa aih!
taw muka kami kat depan macam mana?
macam pesalah yang sedang dibicarakan kesnya. 
punya saksi tapi tak boleh membantu,
dibela oleh peguam pun tak lepas, 
apa yang mampu mendengar hukuman oleh hakim.
Terkebil-kebil dengan muka serba salah.

Tapikan itu sebahagian daripada pengalaman yang mematangkan kita sebagai seorang pelajar.
Ya, kita rasa kita buat dah sempurnakan?
dah bagi yang terbaik,
Semua dah tersusun cantik,
bentang penuh yakin,
lantang menyuarakan point.
tapi mata mereka lebih jelas dengan segala kesempurnaan.

Mereka menegur bukan niat untuk menjatuhkan kita, tapi mereka ingin membetulkan kesalahan kita.
Taknak kita mengulang salah yang sama.
Dan, itu juga petanda dia sayang kita.
kalau dia tak sayang kita, mimpi disiang hari la dia nak tolong kita betulkan silap kita.
Ngingau la nak dapat markah yang cemerlang kalau kita banyak buat salah.
Ya, memang tegas dan agak cerewet tapi itulah proses yang mendidik.

Semoga Allah kuatkan hati kita untuk terima kritikan dan ujian sepanjang bergelar pelajar.
belajar sepanjang hayat.
belajar menjadi khalifah yang lebih cantik dan yang terbaik untuk bertemu Allah.
Jangan putus asa kerana di reject, jangan kecewa dikritik.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud:
“ Jangan kamu berputus asa dalam mencari nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen