Showing posts with label cahaya dari kampus. Show all posts
Showing posts with label cahaya dari kampus. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

DAH SEDIA KE?

Assalamualaikum,
Semoga dalam keadaan yang sihat sejahtera, iman bahagia :)
Semalam tengah ghalit2 dengan mukabuku & buku, tiba-tiba terpandang mysony tersayang, terus capai then call somebody that i loved till Jannah. Till jannah ke till Jahannam? Hoit, till Jannah la sebab dia adalah ibuku.
Memikior mate ayor je kome ye. Sembang macam-macam, gosip itu ini, tanya kabo tok opah sepupu sepapat ayam, itik, bendang semua, tetiba mak masuk topik serius. Whuaa! terus teringat.

Mak: udah sedia ke?
Me: entah le, nak kata sedia tu takde le sangat gamaknye,nak kate tak sedia pun idak juge.
Mak: ate mane ke gaye nak buat kolo hagham sedia?
Me: Sedia dah tapi takde le banyak sangat. Ati tu rasa nak balik je.
Mak: Balik juge le yg dipikior. Bukannye lama lagi masa tu nak balik. Jangan ikut hati tu sangat. Pikior awak tu dah nak periksa, buku tu dibaca. Kalo dah dilayankan sangat hati tu, tu yang nak balik aje keghojenye.
Me: diammmm.
Mak: dengo ke pun?
Me: dengo. mane ade pikior nak balik sangat. Sesekali je :) (ayo mate dah nak lughuh)
Mak: jangan nak teghoyak (nangis), awak bukan jauh pun macam Ecah tu ha, ecah lagi jauh kat India, lagi payah nak jumpa mak dgn abah dia. (Sorry Ecah kalo tersedak, mak org rindu nak sebut).
Me: tak teghoyak pun.
Mak: Mula Periksanye bila?
Me: 27/12/2012 sampei tahun depan. (saje buat ayat drama, macam lama je periksa)hehe.
Mak: berape hari sangat lagi nak tahun depannye.
Me: sampei 7 hari bulan.
Mak: Takde le lama lagi nak baliknye. Udah, selesaikan dulu periksa tu baru pikior balik. Doa pada Allah minta DIA permudahkan segala urusan, tenangkan hati tu nak buat ulangkaji, bior senang nak paham, senang nak ingat. Terangkan hati tu nak menjawab nanti.
Me: Insyaallah. Mak doakan k.cik dipermudahkan segalanya, drpd ulangkaji sampei le abeh periksa.
Mak: mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mak. (terharu). 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila cakap dengan mak baru sedo diri nak exam dah, sekejap je masa berlalu (ayatdrama).  Sedia tak Sedia mesti kena sedia. Kena bina benteng pertahanan yang kukuh nak p 'perang' nanti. Update balik nota2 yang dalam ada dalam folder otak kita. mane yang dah bercampur aduk semua kena susun balik, yang hidden kena archieve. jangan hide lepas tu tak jumpa terus sudah.. hehehe.

Hari- Hari Keramat pada penghujung tahun 2012 dan awal tahun 2013 (^__^)


*buat sahabat2 yg bakal exam juga, Selamat menjawab peperiksaan. Semoga dapat menjawab dengan penuh ketenangan dan keyakinan. Semoga berjaya.





Monday, December 17, 2012

Sakitnya DiTolak

Assalamualaikum. W.B.T

minggu yang stresssss!
hayyooooo!
Tajuk assignment di reject. (oh, itu perkara biasa)
ok, fine!
Kelas seterusnya bawa 3 jurnal the tunjukkan kat Prof yg comel,
1 pada Jannah, my coursemate. Minta tolong dia tunjuk.
Situasi saya sendiri.
Tunjuk jurnal dengan perasaan takut gara2 fobia kene reject.
Prof: "ni tak boleh, dah ada yang buat."
Me: 'Ok, yang ni.' (sambil tunjuk jurnal ke-2)
Lama matanya membaca. yg Nurul kat depan dia dah ketap bibiaq.
Doa-doa tak direject
Prof: "kesan perbelanjaan bla bla blaa. Ok, teruskan. Yang macam ni la yang saya nak"
Alhamdulillah!....
muka macam baru lepas mandi bunga, berseghi-seghi. Itu fakta org, nurul tak tau orang mandi bunga macam mana muka dia.
Situasi Jannah yang sangat sempoi.
Jannah: Prof, yang ni boleh?
Prof: meneliti sesaat,"ok."
only one word dah diterima.
Whoaaa! kagum sat.
Settle turn kami, bila p kat orang lain, masing2 muka tak puas hati, mengeluh sebab kena reject.
Jannah: weh, ni hang punya jurnal lagu mana neh? (dia ni budak utagha baq ang)
Me: ambik la kat hang, hang takdak lagikan?
Jannah: xpa neh?
Me: takpa. aku punya ada dah.(Baik x saya)

Pembentangan pula.
Dikritik pula.
bertubi-tubi datang serangan daripada pensyarah.
sebelum ni dok tengok kumpulan lain bentang, kumpulan kami?
seghiau taw dak.
Antara kata-katanya:
saya taknak jawapan macam ni.
saya tak nampak apa point awak dekat sini.
apa penglibatan dia pada negara.
apa macam ni, bagaimana macam tu, kenapa jadi lagu tu, sebab apa?
bagi jawapn tak payah dok kona p, kona mai. 
tudiaa aih!
taw muka kami kat depan macam mana?
macam pesalah yang sedang dibicarakan kesnya. 
punya saksi tapi tak boleh membantu,
dibela oleh peguam pun tak lepas, 
apa yang mampu mendengar hukuman oleh hakim.
Terkebil-kebil dengan muka serba salah.

Tapikan itu sebahagian daripada pengalaman yang mematangkan kita sebagai seorang pelajar.
Ya, kita rasa kita buat dah sempurnakan?
dah bagi yang terbaik,
Semua dah tersusun cantik,
bentang penuh yakin,
lantang menyuarakan point.
tapi mata mereka lebih jelas dengan segala kesempurnaan.

Mereka menegur bukan niat untuk menjatuhkan kita, tapi mereka ingin membetulkan kesalahan kita.
Taknak kita mengulang salah yang sama.
Dan, itu juga petanda dia sayang kita.
kalau dia tak sayang kita, mimpi disiang hari la dia nak tolong kita betulkan silap kita.
Ngingau la nak dapat markah yang cemerlang kalau kita banyak buat salah.
Ya, memang tegas dan agak cerewet tapi itulah proses yang mendidik.

Semoga Allah kuatkan hati kita untuk terima kritikan dan ujian sepanjang bergelar pelajar.
belajar sepanjang hayat.
belajar menjadi khalifah yang lebih cantik dan yang terbaik untuk bertemu Allah.
Jangan putus asa kerana di reject, jangan kecewa dikritik.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud:
“ Jangan kamu berputus asa dalam mencari nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

Friday, November 23, 2012

Sana, Sini, Situ........

Assalamualaikum wahai kekasih Allah sekalian.
adik2 yg sekolah, kawan2 yang poli, yg buat dip tengah cutikan?
saya????? 
saya disini mencemburui cuti anda sekalian (T_T)
Yg tengah baca ni pun same jugak nak cuti kan, kan? (sila angguk kalo tak nak diketuk) >.<
Yang tengah exam SPM or whatever teruskan berusaha menjawab.

okkkeeeh!
berbalik pada post
SANA, SINI, SITU.
apenye?
Program la. Bersepah2 di merata tempat.
Pilih je nak kemana. Nak Ilmu apa.

Ilmu berkaitan dengan rumah tangga:
KURSUS PERKAHWINAN
(eh!!! yg ni nurul x ambik lagi (^____^)

dan ini Aqsa Mission Kedua.
yang pertama dulu Nurul tak dapat pergi sebab ada midterm dan sekarang masa untuk menebus kembali (^^,)


sepanjang minggu.
Forum Murabbi Cinta Bersama Ustaz Hasrizal.
kenal tak ustaz tu?
tak kenal??
p Tanya Uncle Google cepat. :D




oh ya..
2 mggu lepas ada program bersama Hilal Asyraf.
tapi sedihnya Nurul tak boleh join juga sebab program bertindih hari dgn Midterm.

Ada beberapa program lagi, tapi rasanya cukup la setakat tu.
Doakan Nurul punya kesihatan yang baik dan kelapangan waktu untuk menyertai program ilmiah yang diadakan.
Jom kita cari seberapa banyak ilmu untuk diri dan juga teman2 lain.
Sampai ketemu lagi(lambai2)

to be continued...

Monday, June 11, 2012

Hati berbelang, Otak berperang :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ni dah selesai 2 kertas peperiksaan akhir semester. Lega dan lapang sikit la hati. Gap antara kertas yang akan datang pun ade beberapa hari tu yang muncul kat sini. Tapi takdelah nak seronok sangat sebab masih berbaki lagi 5 kertas. Waaaa, banyak lagi la Nurul punya exam. Nak balik, Mata dah terbayang rumah, tiket pun dah beli dah.. Excited tak saya?hehe.
Tak boleh beli lambat2, nanti tiket habis kene jadi penjaga DPP la.
Rata-rata kawan bila habis exam mula la "eh,exam engko ok ke tadi??" Dan jawapan yang akan kedengaran biasanya,
#ok, mcm biasa la, ade la belit2 sikit
#Susah la.
#hmm..boleh la.
#aduh, Soalan dia spesis luar alam la.
Bukan soalan yang spesis luar alam, kita nih yang kadang dah tenggelam.hehe
Pada Nurul la kan yang penting kita dah usaha untuk memahami subjek tersebut dan mengkhatamkannya sebelum exam, bila waktu exam luahkan apa yang ada dalam kepala tu, jangan nak simpan2 lagi. Ye, memang ada yang kita target keluar tu tak keluarkan, sekurang-kurangnya kita dah usaha apa yang termampu, sehabis daya. Bila dah usaha kemudian kita berserah dan tawakal. Jangan la gatal tangan p ambil buku tu, check balik jawapan kita betul ke tak kita jawap tadi. Kalau buat, memang korang cari nahas dengan hati korang sendiri la. Lagu Sixth sense yang Menyesal tu berkumandang la dalam kepala otak korang.
So, amaran keras, JANGAN BUAT aksi tersebut. Peace!

Ok semua, selamat berjuang untuk kertas yang akan datang, Semoga ada kejayaan menanti dipenghujung kepayahan (^^,)



Friday, May 4, 2012

D'Fabulous Night..

Assalamualaikum...sesi beramah tamah dan bermesra erat silaturrahim kembali lagi buat warga DPP Sime Darby..Nur taknak cerita banyak2 just nak share sedikit cerita apa yang berlaku sepanjang minggu awal bulan Mei ni..

01052012:  Labour Day!!! saya tak keja lagi tapi hanya meraikan cuti bagi org yg bekerja je la kan..hehe..
1.masa Nur banyak dihabiskan dengan assignment yg bertimbun tak siap,(walaupun hakikatnya buat sikit je, tido yg lebihnya)
 2.tidur dengan lena sebab nak cover lena yg terganggu gara- gara kepala banyak memikirkan assigment yg bermasalah.
Itu cuti ana yang punya lah...(^^,)

Saturday, April 21, 2012

Ikanku "lemas"

Salam kedamaian,

ikan lemas??? (T_T)

Sedihnya.. Eh! Ikan mane boleh lemas la Nur.
Boleh la sebab ikan yang Nur cakap tu special sikit. Ikan buatan sendiri so boleh la lemas.huhu.
Tak paham?? meh baca nih.
Ikan tu lemas sebab kene reject dengan dr. Fauzi.. Tak la kene kritik teruk- teruk cuma dia komen macam ni je :
                             1. badan ikan tak berwarna sepenuhnya. (xde colour pensel)
                             2. kertas A4 nipis, (so ikan tu melentok liuk la bila dipegang)
So bila DR dah cakap macam tu maknanye Dr. Fauzi suruh buat semula versi bahasa lembutnya.
Masyaallah! Kene melukis lagi la nih.. 
ku fikirkan hanya diriku seorang yang kene reject, rupa2nya kawan2 ku senasib denganku..
Alahai~~~.. dugaan2..
Dan sekarang tengah mencari ikan lain untuk meneruskan lukisan yang baru.
Takpe la, demi markah ku rela melukisnya semula.
~~~~~~~~~~~adios~~~~~~~~

LEARN FROM MISTAKES (^^,)


ikan yg  telah "lemas" :'(

Friday, April 20, 2012

Ikan oh Ikan..

assalamualaikum,
hai! hai! hai!
semoga semuanya dalam keadaan yg baik.

walaupun badan lemah gara- gara diserang demam (gatal main gerimis) (^_^) tapi tetap juga nak meng"post" kat laman cahaya ni.
Alkisahnya, minggu lepas pergi kelas kokurikulum kelab Pembangunan Keluarga, tiba- tiba dapat satu tugasan yang pelik dan lain daripada yang lain. Ape ke tidaknye sebelum ni tugasan sekitar pembentangan tentang keluarga, hidup berumah tangga, mengenai perbelanjaan dan sebagainya.
Tiba- tiba! 
Dr.fauzi: "saya ada tugasan untuk awak. Saya nak awak semua lukis gambar ikan, tak kisah la ikan ape pun dalam kertas A4 keras. Lukis cantik-cantik dan mirip rupa ikan yang awak lukis dan hantar pada kelas akan datang."
alaaaaaaa!!
student cakap: "doktor saya tak pandai melukis." "saya lukis hodoh." (nur adalah diantaranya :D)
Dr.Fauzi: 'hmm.. Tak kisah la apepun yang penting minggu depan saya nak tengok ikan awak."

Dan.......
akibat dah tahu diri tak cukup bakat nak melukis, ape yang kulakukan adelah seperti langkah- langkah berikut :-)
1. cari gambar ikan kat internet
2. pilih 1 gambar ikan kemudian print gambar tersebut.
3. ambil sehelai kertas warna putih dan tindankan kertas putih diatas gambar ikan yg di print tadi.
4. lukislah mengikut acuan ikan yang di print.
5. maka hasilnya terlakarlah seekor ikan tiruan.

Akhirnya, bibir ku menguntum senyuman manis kerana dah berjaya "melakar" gambar ikan seperti yang diminta. Dan kumerasakan diriku kembali kezaman tadika :D dan seperti adik ku si kecil Nasuha melukis.






Sunday, March 25, 2012

memori yang jambu! :-)

Assalamualaikum,
Nur kembali membawa cerita panassss!
sepanas cuaca dibumi Sintok tapi sarat dengan kelembutan
si THE JAMBU ONE.
Apakah?
______SUKUUM_____
Sukan Universiti Utara Malaysia. wahaha!
yang inilah versi Jambu apabila kolej kediamanku DPP Sime Darby
memakai seragam baju PINK..haha
Alahai~~ jambu anak mak malam tu.
gegirls ok je dengan sut jambu..
BOboys!
lagi cute dan hensem dengan sepersalinan baju pink mereka.
muka ganas tapi hati berbunga- bunga kome!
tapikan memang Nur ucapkan Terima kasih dan Tahniah sebab warga SD semua memakai seragam Pink termasuklah Pengetua Dpp SD sendiri..
Cayalah!
DAN....
TERIMA KASIH buat
maskot SD pada malam tu iaitu Encik Rabbit,
yang dah sampai pitam tengah padang untuk memeriahkan
perarakan malam tu.
*We are the Pinky one (^^,)
Encik Rabbit a.k.a Mister Comel
pasukan sorak yang menyemarakkan malam.
Eincheeee PinKy a..k.a abeng jambuuuu.. (^^,)
Artisss jemputan, UNCLE ASKAR
~~~kemeriahan Bunga Api sebagai penutup Tirai Malam~~~~




*catatansewaktubelajar*