Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Bila ikut Pakatan.

Assalamualaikum.
Cik tukang karut mai dah. Bila dah banyak mengadap buku, hati mula berpakat dengan otak

Hati: SERABUTTTTTTTTT!
Otak: hati ni kenapa?
Hati: letih!
Otak: hati ni, cepat sangat nak letih, jangan la letih lagi.
Hati: Letih la asyik mengadap buku je dari tadi.
Otak: Sabarlah! sikit je lagi.
Hati: alaaaaa. Banyak lagi la. lagipun masa lama lagi.
Otak: lama mendenye? minggu depan je dah nak exam.
Hati: Otak ni kan tak habis2 dengan buku, balik2 buku, buku, buku, buku! Takde benda lain ke nak buat. Ishhhhh!
Otak: ko kira nak main je kan Hati, ikut sangat Nafsu tu cakap ape? Ape yang Otak cakap taknak ikut.
Hati: >.<. mana ade ikut nafsu. 
Otak: ate kalo tak ikut nafsu ikut apa? Iman?
Hati: hati ikut Iman dgn Otak la. huh!
Otak: kalau betul hati sayang Otak dengan Iman, Hati ikut Otak yang waras dengan Iman. Jangan buat benda mengarut ikut Nafsu. Nanti sakit dikemudian hari Nafsu tu tak tolong dah. Lagi menyakitkan ade la.
Hati:..............(senyap tanpa kata, tapi dalam diam membantah)
Otak: Iman dgn Otak sayang Hati, nak Hati berpaksi Kepada arah yang benar, lorong yang betul.
Hati: yer, Hati tau. Tapi boleh tak kita rehat kejap..
Otak: dush! nampak gaya tobat dah. Dah la. Jangan Mengarut. Ingat, bila kita nak buat sesuatu ingat Allah ada dengan kita, Raqib dgn Atid tu sentiasa mengekori kita. Awas! Berdoa pada Allah supaya kita sentiasa ke arah kebaikan.
Hati: yer.
Otak: nak rehatkan? Nak tenangkan?
Hati: (excited). Nakkkkkk! 
Otak: jom! 
Hati: playground jom.
Otak: choih! apa barang playground. Jom pergi masjid. Kita cari ketenangan dengan Allah. Kukuhkan kasih sayang dengan iman.
Hati.. jommm (sedih)

Balik dari Masjid

Hati: Terima kasih otak sebab bawak pergi masjid. Hati tenang sangat2. Rasa lapang bila dengar ustaz tu bagi tazkirah tadi, rasa damai sebab dpat kongsi cerita dengan sahabat lain. Masih boleh bermain dan bergurau senda dengan mereka. :-)
Otak: sama-sama kasih. Alhamdulillah ketenangan tu dari Allah. Macam2 benda manfaat kita boleh buat kalau kita ingat Pencipta.
Hati: jom sambung belajar. Semangat dah datang.
Otak: Jom!

Hati+Otak+Iman-Nafsu: Nak berjaya memang susah, tapi manisnya sebuah kejayaan itulah yang buat kita terus berusaha. Andai sudah jatuh, bangunlah. Sakit memang terasa, tapi jika kita bangun dan rawat kesakitan itu, Insyaallah kita kuat dan sihat.

Dear y.o.u: Terima kasih atas pinjaman telinga saat saya berkeluh kesah, terima kasih atas kata2 semangat saat saya hampir layu, terima kasih kerana hulurkan tangan saat saya rebah. Terima kasih sebab satukan Otak, Hati,dan Iman saya untuk bertindak mengawal nafsu. Terima Kasih Allah kerana hantar dia sebagai sahabatku.

M.o.0.d E.x.A.m

Friday, November 23, 2012

Sana, Sini, Situ........

Assalamualaikum wahai kekasih Allah sekalian.
adik2 yg sekolah, kawan2 yang poli, yg buat dip tengah cutikan?
saya????? 
saya disini mencemburui cuti anda sekalian (T_T)
Yg tengah baca ni pun same jugak nak cuti kan, kan? (sila angguk kalo tak nak diketuk) >.<
Yang tengah exam SPM or whatever teruskan berusaha menjawab.

okkkeeeh!
berbalik pada post
SANA, SINI, SITU.
apenye?
Program la. Bersepah2 di merata tempat.
Pilih je nak kemana. Nak Ilmu apa.

Ilmu berkaitan dengan rumah tangga:
KURSUS PERKAHWINAN
(eh!!! yg ni nurul x ambik lagi (^____^)

dan ini Aqsa Mission Kedua.
yang pertama dulu Nurul tak dapat pergi sebab ada midterm dan sekarang masa untuk menebus kembali (^^,)


sepanjang minggu.
Forum Murabbi Cinta Bersama Ustaz Hasrizal.
kenal tak ustaz tu?
tak kenal??
p Tanya Uncle Google cepat. :D




oh ya..
2 mggu lepas ada program bersama Hilal Asyraf.
tapi sedihnya Nurul tak boleh join juga sebab program bertindih hari dgn Midterm.

Ada beberapa program lagi, tapi rasanya cukup la setakat tu.
Doakan Nurul punya kesihatan yang baik dan kelapangan waktu untuk menyertai program ilmiah yang diadakan.
Jom kita cari seberapa banyak ilmu untuk diri dan juga teman2 lain.
Sampai ketemu lagi(lambai2)

to be continued...

Wednesday, March 21, 2012

The New Caliph (^___^)



Assalamualaikum,

salam sejahtera,
salam 1Malaysia..

PERHATIAN!
sila Jawab salam yang diberikan (^^,)

dah jawab?
dah?

Alhamdulillah! terima kasih kasih2ku sekalian..

wanna to share about the newborn baby of my Along, muhammad Redzuan and angah, Abdul Hadi.

i'm speechles when i got the picture of this two baby.

so cute n chubby!

Alhamdulillah both baby and their mom in a good condition.
Thank You Allah for the Greatest gift that i ever have.

here!


Muhammad Irfan Danish  (putera Along)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Puteri Annisa.( puteri angah)


#baby, welcome to the new world.
#may Allah bless on you.
#be a good son and daughter to your parents, family and religion.

love you sooooo muchhhhhh (^^,)



notakaki:sorry if my english is broken..peace!

Friday, March 2, 2012

sakit gigi!


Masyaallah! Hari ni merupakan hari paling berat bagi Nur, sakit gigi yang hampir seminggu sakit masih tak hilang, malah bertambah sakit.
nak bersuara pun terasa sukar, nak menelan terasa sakit. Inilah padahnya
bila makan tak pernah tolak apa pun yang diberi, asal halal makan je.
bila dah sakit macam ni nak mengunyah pun seksa.
terbit rasa keinsafan bila nikmat tersebut ditarik sedikit oleh NYA. Tu baru dia tarik sikit nikmatNYA kalau DIA tarik semua?? Nauzubillah.
So, bila dah sakit gigi apa yang termampu hanya bertahan je la. Nak pergi klinik pun klinik pergigian tutup, sebab Nur dok

dalam kampus. itu je la yang ada.



p/s: sayangilah gigi anda dengan sebaiknya
*pesanan tajaan oleh Doktor gigi x bertauliah. (*__*)