Saturday, September 8, 2012

i am the choosen one.

Assalamualaikum.......

1st of all, Nur ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat mengkome semua yer. Raya dah nak penghujung baru terhegeh-hegeh nak ucapkan..heehehe. Better late than never kan kan?? (^_^)
Nur minta maaf atas segala kekhilafan dan kelancangan dalam pertuturan, tingkahlaku atau catatan yang melukakan hati kalian ya. buat kawan2, jiran2, cikgu2 yang ada jemput untuk 'open house' mohon kemaafaan sebab tak sempat nak pergi. Cuti yang panjang telah sampai ke penghujungnya..

Raya, raya jugak.. Masa untuk menyambung kembali perjalanan merealisasikan impian sudah sampai. Perlu pulang kembali ke daerah Sintok dengan status sebagai senior. (muka senyum bangga) Sepanjang minggu sebelum balik hati tu dah berat rasa nak balik kampus. Otak fikir macam2, barang2 nak bawak balik pun tak sedia lagi sampaikan mak setiap hari sebelum pergi kerja mesti akan pesan "kemas barang2, cari mane2 barang nak bawak balik letak 1 tempat, nanti senang nak balik nanti ambik je takde la itu takde ini takde". Ok, barang semua dah siap. Dah siap packing barang sekali tengok beg ade 3.. tau tak ade t.i.g.a. (T_T). Rasa nak menangis pun ada bila tengok beg banyak2. Dah la naik bas, sape yang nak tolong mengangkutnya.

Dannnnn...waktu bergerak nak ke stesen bas di Bandar Baru, langit dah gelap bagi petanda hujan nak turun..  Dan sememang perjalanan pulang itu bertemankan hujan sepanjang jalan dari Perak ke Kedah. Tuhan je la yang tahu betapa sejuknya dalam bas. Perjalanan yang biasanya lbh krg 6 jam jadi hampir 8 jam sebab bas bergerak perlahan sebab hujan lebat dan jalan licin. Paling mengerikan ada terjumpa dengan kemalangan. Berderau jantung, hati segala, bila terpandangkan si mangsa. Nauzubillah, jangan ia berlaku dalam perjalanan kita. Saat sampai di Alor Star bas yang sepatutnya Nur naik untuk balik ke kampus baru je gerak keluar. Allah! kene tunggu lebih kurang 40 minit untuk ade bas yg seterusnya. Dalam sejuk ditambah dengan lapar, yang mampu tekak buat adalah minum. tak mampu menelan makanan walaupun lapar. :'(
muhasabah diri balik bahawa Allah sedang menguji kekuatan diri ini. 

Dan, akhirnya dalam penat menunggu, kesejukan dan kelaparan, Alhamdulillah selamat sampai ke kolej kediaman. Sasaran utama adalah katil. Perlu sangattttt2. Dah rasa tak bermaya nak bergerak. Bersinar mata bila dah dapat katil. 

Saat ini, Alhamdulillah segalanya sedikit demi sedikit menjadi mudah. And now......... be prepared for class tomorrow. Ahad ini akan meletakkan status diri yang sebenar menjadi pelajar semester 3.
Semoga hari esok akan membina diri menjadi lebih kuat untuk hari2 yang akan datang dan semoga Dia yang Maha Berkuasa mempermudahkan urusan kita, Insyaallah.

#Sandarkanlah segalanya kepada DIA kerana DIA adalah sebaik2 sandaran (^__^)

4 comments:

  1. Salam... :)
    Jaja dari segmen yang sama..Jaja dah follow awak,mai la follow Jaja balik.. ^_^
    jemput join GIVEAWAY Jaja..

    http://jajasutera.blogspot.com/2012/09/giveaway-from-sept-to-nov-by-jaja-sutera.html

    jom join TEAM kami jugak..

    http://jajasutera.blogspot.com/2012/09/perasmian-group-blogger-team-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih 'join' blog yang x seberapa ni.
      salam ukhwah moga2 catatan saya ada yang bermanfaat untuk anda ('',)

      Delete
  2. terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak :')

    ReplyDelete

ada orang bercahaya komen