Saturday, September 22, 2012

kahwin o kahwin (*_*)

Assalamualaikum....

Hari ini hari jumaat, esok hari sabu, lusa hari ahad..(ape ke bendenya la si Nurul ni merepek). Oh, ok. Paham2 la sendiri kan kalau cuti hujung minggu je mesti ada yang buat kenduri kahwin la, majlis merisik la, majlis bertunang la (gara2 baru dpt surprise esok ade majlis sdra).. tak sah kalau takde kenduri. Belum lagi menghitung cuti sekolah dan perayaan, 'confirm' punya la ade yang seronok bersanding, seronok dapat makan free.

bila dengar cerita kawan2 yang dah kahwin, hati tu terasa macam nak mengikut jejak mereka pulak dah. "Aihhh! nak ikut apa, calon pun tak dak lagi.. toksah dok gatai la Nurul", hati tu dah bidas dulu..muahaha
Serius! bila dengar cerita kawan tentang kehidupan selepas kahwin tu lebih baik memang terasa macam nak terus cakap kat mak gini, "mak, kakcik nak kahwin, mak carikan je calon, sape yang mak pilih itu yang kakcik ikut. Boleh tak mak?". Kome agak2 la kan ape reaksi mak Nurul bila anaknya buat permintaan macam tu. 
Agaknye la kan mesti mak akan cakap "habihkan le belajo dulu baru nak pikior kahwin, karang ijazah tah kemana, kamu pun tah kemana"
Takpun mak cakap "dah ade calon ke?"
"kahwin le, takde sape melarangnye pun" (dlm mimpi blh kot kalo dlm situasi yg tgh belajo skrg mak jwb mcm tu)

Terasa nak berteman dalam perjalanan membina kehidupan yang lebih baik, tapi perlu diingat tentang tanggungjawab yang sedia ada dan akan datang.
Sememangnya perkahwinan itu di tuntut. Tapi sekadar seronok2 nak kahwin sebab tengok orang lain tu seronok, pengisian tiada, tanggungjawab terleka, apakah yang terjadi akhirnya.. Kalau sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan kewangan serta restu keluarga kahwinlah andai itu yang terbaik. Eceecceh! dah bunyi macam kaunselor rumahtangga.(aishh,tutup muka)

Pada yang belum berkahwin dan akan berkahwin (pastinya), jom persiapkan diri, kaut sebanyak mana ilmu untuk memantapkan tanggungjawab diri dan insan tersayang. Perkukuhkan mana2 tiang ibadat yang masih longgar. Dahulukan tanggungjawab yang dipikul sewaktu 'single' ni dengan baik. Tanggungjawab terhadap pelajaran pada yang masih belajar (macam saya (*_*), tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik beradik. Insyaallah andai jodoh telah tertulis untuk dirimu dan si dia, di tangan tok kadi juga akan terlafaz akad tersebut.

Buat rakan2 yang sudah berkahwin, may Allah bless both of you and have a happy family and with soleh and solehah children's. Be a good husband and wife, superb parents. Cinta sampai Syurga. Insyaallah.

Cukup sudah cukup, cukup sampai disini sahaja cerita tentang kahwin. Tak cukup ilmu lagi nak cerita tentang kahwin lebih2. (^^,)


hiasan semata2.
thanks to cikdil =)


Selamat dirisik dan merisik, selamat meminang dan bertunang, selamat bernikah dan dinikahkan, selamat bersanding. Selamat melayari fasa baru kehidupan.

# Maaf, Pelik sikit entri kali ni, jangan pening eh.(^^,)

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen