Tuesday, October 2, 2012

K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

Assalamualaikum.

Subuh hari ini disentap dengan berita pemergian seorang sahabat (walaupun hanya tahu nama dan rupa sahaja). Pergi yang takkan kembali, kehilangan yang tiada gantinya. Allah itu Maha berkuasa diatas segalanya. Kita datang tak diminta, kita pergi tidak di duga. Bila kita berjanji untuk datang, maka kita sudah pun mengikat janji untuk 'pulang'. Dan hari ini janjimu telah sampai sahabatku. Walaupun pahit, biarpun pedih, realiti kehidupan terpaksa jua diterima. Kenangan hanya tinggal kenangan, walaupun dirimu tiada, kenangan itu tetap bersama kami. Pulanglah bertemu sang pencipta. Pulanglah pada DIA Aizat. Moga 'kepulangan' mu disana bersama kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Bersemadilah dengan tenang dan damai disana.



Buat teman yang merasi kehilangan, bersabarlah. Allah pinjamkan arwah untuk kita rasai nikmatnya persahabatan, untuk kita kenal erti ukhwah, untuk kita sama-sama berjalan mengenal erti hidup. mengenal dunia dan akhirat. Dan sampai masanya Allah ambil kembali  "pinjaman" tersebut. Ya, dia telah pergi tetapi jangan mati dan hentikan kenangan seiring dengan pemergiannya. Redhakan lah pemergiannya. Beringatlah kita juga bakal dijemput kembali kepadaNYA.


Tiap- tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan~ (al- Anbiyaa':35)~


#Al-fatihah buatmu sahabat.

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen