Sunday, October 7, 2012

Anggapanmu

Assalamualaikum (^^,)


Bila pegang buku2 ilmiah, buku2 agama, majalah agama etc. solusi, anis, asuh(bdk kecik) Q&A, mesti ada mulut yang cakap dia budak agama la mana baca buku, majalah, novel jiwang2. Akan ada soalan dari mulut hamba Allah ni bertanya “asal mana?  Sekolah agama ye dulu? Keluarga memang alim yer? Paling sadis ada yang tanya parents ustaz dengan Ustazah yer.

Persoalannya: Perlu ke tunggu datang dari negeri yg bawah ulama, perlu ke tunggu keluar dari sekolah agama mana, Perlu ke tunggu keluarga alim, Perlu ke tunggu mak ayah jadi ustaz, ustazah untuk pegang buku agama, baca majalah ilmiah, belek novel islamik. Perlu ke? Kalo yang jawab perlu tu sila muhasabah diri anda kembali. 

Bila pakai tudung labuh sikit, confirm orang akan label ustazah. Orang akan cakap belajar sekolah agama, asal negeri Kelantan @ Terengganu.  Takpun parents dia ustaz dengan ustazah @ ulama @ pegawai agama.

Persoalannya: Ape tak boleh ke yg bukan anak ustaz, ustazah, bukan budak sekolah agama,bukan anak ulama pakai tudung labuh? kalau anak Perak, anak Selangor ke anak Sabah ke negeri mane pun pakai tudung 'bidang 50 @60' tak boleh eh? Pelik bin hairan eh? Fatwa minda siapakah ini? Aurat tetap aurat walau bagaimana pun reka bentuk tudung anda. Yang WAJIB ditutup perlu ditutup bukan dibalut.

Bila bercakap melalui telefon lebih daripada setengah jam @ lama2, suara lembut2, gelak2, senyum2 cakap pun slow tone je,  ada orang akan cakap, “dia cakap dengan pakwe la tu”. Bila yang takde pakwe @ makwe diorang akan cakap “eh, dia dah ada makwe ke? Dah ade pakwe eh?

Persoalannya: ape tak boleh ke kalau cakap dengan  parents lebih daripada setengah jam dengan suara lembut, gelak2 bila bergurau, senyum2. Cakap guna slow tone.  Kalo cakap dengan pakwe makwe je kene slow tone lembut2 ala gadis Melayu akhir zaman yer. Dah tu dengan family men jerkah2, bila buat lawak tahan je muka buat muka serius. Bila bercakap dengan keluarga guna nada tinggi, nada jerkahan, nada kurang sopan, ada tu macam nak tak nak je kalo keluarga call. Ada yang tak jawab pun sebab alasan takut mengganggu orang lain. Ooooo..pandai eh! Bila pakwe makwe call  laju dan ayu je jawab, bisik2. Ceit! Pandai la buat tanggapan kat orang macam tu eh. 
Hmmmm! nak kata apa lagi kalau dah masih beranggapan sebegitu. 

Hati itu Allah yang pegang, maka mintalah kepadanya agar hati kita terus istiqamah memilih jalan yang benar dan cara hidup yang baik.  

#Carilah ilmu dalam apa jua pembacaan mu, setiap apa yang kita baca, itulah yang minda dan akal kita hadam.
#Peliharalah apa yang sepatutnya hanya untuk dirimu.

#Bercakaplah dengan penuh kelembutan dengan ibu bapa kita, dengan keluarga kita. Kerana mereka kita ada di sini.




Yang beranggapan itu hanya anggapan:
Nurulanishahuda 

1 comment:

  1. Ilmu wajib dituntut. :) Kita sering terlupa bahawa ilmu Allah s.w.t itu maha luas. Semakin banyak kita menggali, semakin banyak yang akan kita temui dan semakin banyak jugalah kita akan ketahui yang banyak lagi tidak kita tahu.

    ReplyDelete

ada orang bercahaya komen