Friday, March 15, 2013

Segalanya Pasti.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Segalanya yang mungkin terjadi pasti akan terjadi dengan Keizinan Allah.
Menolaklah seribu kali,
menghindarlah sejuta kaki,
berselindunglah di balik bumi,
jika itu kehendakNYA, maka itulah yang terjadi.

Belajarlah redha dengan apa yang berlaku,
belajarlah bertenang dengan situasi yang celaru,
teruskan langkah walaupun bernada sendu,
kerana sudah tertulis begitu untukmu.

Sedarlah, 
kamu insan terpilih untuk menerima Tarbiyah ini,
tidak DIA pilih kamu,
jika hatimu kecil sehalus kuman,
tapi usahamu seluas lautan. 
 Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,

Berpegang teguhlah pada janji,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
~Surah Al- Baqarah, ayat 286~ 

dan ingatlah bahawa mati itu pasti,
dimana dan bila itu rahsia Allah,
yang pasti hidup diteruskan membuat amal ibadah dan kebaikan.
Semoga kita redha, Semoga Allah pun redha.

*
*
*
*
***Al-fatihah buat perwira negara yang terkorban di LD.
Semoga Syurga menjadi tempat berehat kalian.
Nurul.Huda
150313
13.17

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen