Sunday, May 12, 2013

Voice of heart: Selamat Hari Ibu.

Salamun alaiyk.

catatan ini istimewa buat wanita yang gagah perkasa, manis bergaya, tiada pengganti buatnya.
PUAN SAODAH ALIAS.
sang pencinta setia lagi sejati selain Allah dan Muhammad.

walaupun mak takde blog, tak pandai sangat nak meng"google" blog k.cik, tapi k.cik tau mak akan baca atau dengar daripada sang tukang karut lagi mengarut di rumah :)

Mak,
Alhamdulillah, 
k.cik insan bertuah sebab pada
 ketika usia 21 thn ni masih 
dapat dengar suara mak,
dapat rasa peluk dan cium  mak,
dapat rasa urutan kasih sayang mak,
masih terima doa-doa mak,
masih kuat kerana ada sokongan daripada mak.

Terima kasih mak, 
untuk segala kesusahan dan keperitan yang mak tanggung untuk menghadapi 6 kelahiran.
sejak 31 tahun yang lepas (my along)
melahirkan, membesarkan kami adik beradik yang bermacam ragam, pelbagai pe'el tanpa keluhan.
Maaf untuk segala tangisan keperitan yang kami berikan pada mak dengan setiap kelahiran yang disambut.
walaupun mak akan cakap mak menangis sebab gembira tengok anak-anak mak membesar dan berjaya depan mata.
k.cik tahu,
Walau harta berkoyan bagi pada emak pun takkan mampu untuk tanggung segala kesukaran mak.


K.cik doakan semoga Allah sentiasa pelihara mak,
bagi kesihatan yang baik pada mak,
murahkan rezeki,
berikan kelapangan hati, 
dan ketenangan jiwa.
Dan,
k.cik doakan juga semoga mak sentiasa ada untuk kami pada hari-hari mendatang dalam duka mahupun bahagia.

You are always my pompom girl.superwoman.
Knowing you is the best ever in my life.
Happy Mother's Day, mak :)

from heart to heart:
My Ayah is my hero, En. Zaili,
Muhammad Redzuan+ Nurul Adleen+Muhammad Irfan Danish,
Muhammad Yusoff+ Aidil Fazila,
Nuraini,
Nuraziah,
Nurul Huda,
Muhammad Hafizuddin.

Insyaallah doa untuk mak sentiasa ada selagi hayat kami dikandung badan.

LOVE U. *hugandkiss*

Nota tangan buat tukang karut: jangan cerita melalut :) Tq



No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen