Tuesday, September 17, 2013

03:09:13: Perak bertemu Jawa

Assalamualaikum. 

Ini update yang setelah 2 minggu di tanah jawa Indonesia: Yogyakarta. 03.09.13, 05:15 p.m, selamat mendarat di Lapangan Terbang Adisucipto, Bandara, Yogyakarta. Aku pergi bukan mahu bercuti ya, teman2. Aku perginya membawa amanah daripada pelbagai pihak (macam ramai je). Aku perginya atas tiket PERTUKARAN PELAJAR. Wajib paham istilah pertukaran pelajar ya. 

Tempoh 2 minggu ni macam-macam benda yang aku dapat lihat dan dapat rasa. Orang cakap, "warga Indonesia sibuk masuk Malaysia nak senangkan hidup, kamu sibuk nak pergi Indonesia susahkan hidup." Ya, memang. Akulah si degil yang sibuk nak masuk tempat orang susah yang kebanyakannya melarat. Betul. Hidup dekat sini susah. Bukan aku yang susah, tapi mereka yang susah. Hidup mereka macam yang kalian boleh tengok dalam sinetron yang berlambak kat televisyen Malaysia tu. Yang orang kaya, rumah besar gedabak, bibik bersepah-sepah merata ceruk rumah, yang pergi kemana saja dihantar dan di ambil oleh pak supir. Yang miskin melarat, kerjanya apa? kerjanya jadi pengemis dikaki jalan, di lorong-lorong sempit, busuk, kotor, di atas jalan raya yang sangat sibuk. Berpanas terik tanpa kasut bila berjalan itu perkara normal bagi mereka. Waktu dijalan raya yang kita lihat hanya motor dan kereta, tapi bila berhenti di trafic light keluarlah segala jenis manusia, ada yang buat persembahan, ada yang berjualan dan ada yang minta duit dicelahan sesak kenderaan. Kita rasa apa yang dia buat bahaya, tapi pada mereka itu biasa. Kalau adik2 kita panas terik, duduk rumah layan kartun, main game, tapi disini mereka ada di tepi jalan, di bawah terik matahari membawa bekas menadah duit. Ya, segalanya untuk duit. Segalanya demi memenuhi tuntutan hidup. Disini kalau nak beramal memang mudah, tapi berhati- hati. Sentiasa ingatkan diri sendiri. Kalo seorang kita bagi, dia angkut geng dia yang lain pulak. Macam rangkaian MLM tu :)

Pernah masa bebarapa hari sampai dulu (macam dah lama sangat je :) memberontak nak balik sebab terasa susah. Kemudahan tak lengkap, almaklumlah masa kat UUM nak online semua ok je. Bila-bila masa pun boleh walaupun kadang2 Siserindit tu tenat. Sini, wifi ada, tapi limited. Sedih bak hang. Bila dah biasa dengan sistem belajar dekat Malaysia, sampai sini jadi masalah la kan. Minggu pertama kuliah, muka kami berlima ni lah yang duduk berjam-jam dekat pejabat akademik menyusun jadual. Jenuh menghadap orang atasan sebab nak memahamkan mereka. Muka-muka ni jugaklah yang dok keluar masuk International Office sebab "kemudahan" yang mereka bagi sangat "baik". Sampaikan kacau bilau timbalan dekan FEB UUM bila kami selalu dok call dia. Maaf doktor, kami hanya ada doktor untuk minta tolong :). Sampaikan jadi bengong sekejap, halusinasi terlebih bila nampak kapal terbang lalu kat langit tu, boleh pulak pergi cakap dgn kawan2; "kalaulah kapal terbang tu boleh mendarat kat mana aje, boleh berhenti sesuka hati bila kita lambai mcm tahan bas, memang aku tahan dah suruh hantar balik Malaysia." Macam orang takde pegangan kan selalu sangat dok putus asa. Dah lama sikit barulah otak berfungsi dengan baik, muhasabah diri. Allah letakkan aku dekat sini supaya aku kenal erti hidup, supaya aku lebih paham makna susah, supaya aku reti bersyukur untuk setiap nikmat yang dia bagi dan walau sesusah mana pun hidup sentiasa berusaha. USAHA. Rezeki dan kesenangan tu takde datang terus kat kau then cakap "nah, ni kerja kau, ni rezeki kau Nurul Huda. Kau tak payah buat apa2. Duduk saja. Segalanya ada. Jangan risau." Ni dialog nak makan penampau namanya. Day dreaming :) 

"Berjalan, bermusafirlah, langit Allah itu luas, tanah Allah juga lebar."
Moga Allah berikan kekuatan untuk terus bertahan disini sehingga selesai semuanya.


Special dedicate:
walaupun aku tahu dan pasti diorang takkan baca blog ni. hahaha
Buddies yg jemput kat airport: Aziz n Andre
Tuan rumah tumpangan, his driver n assistant: Pak Rangga Almahendra, Pak jono, n Mbak Umi.
(Maybe sapa yang baca ni boleh google sapa dia Rangga Alamhendra ni. Quite famous here)
Dan semua yang kalut membantu dan memberi kesusahan dan kesenangan pada kami. 
May Allah Bless.

Dear family yang tersangat rindu, jangan risau, k.cik Alhamdulillah baik.
mohon doa yang baik-baik aje.

p/s: Sorry, entri pertama kat Jogja tapi panjangnya meleret dalam pada kata takde idea nak tulis. 
next entry? :D

No comments:

Post a Comment

ada orang bercahaya komen