Thursday, September 20, 2012

cerita tentang harapan


Assalamualaikum.

Mengharapkan kome semua dalam keadaan yang baik, sihat walafiat dan kenyang.(sbb tgh lpr)
Sebenarnya banyak benda nak update tapi kekangan masa, busy dgn kuliah, tugasan dan menyibukkan diri dgn benda yang lain dan Serindit pun dah menggila la nih (kalo kwn kmpus tau la ape bende tu). So ni la kiranya ringkasan aktiviti. Taknak citer pasal kuliah, pasal buku ok!
Cerita raya pun dah habis, walaupun hari terakhir syawal tu sempat merewang ke A.staq p beraya. :)
Ok, sekarang nak share citer pasal benda yg dari kecik sampai sekarang nak buat. Cerita tentang konvo. (walaupun ada yang pada korang macam dah biasa, or berpengalaman).

Alhamdulillah, semalam buat pertama kalinya seumur hidup aku yang telah pun berusia 20 tahun 5 bulan 7 hari ini melihat majlis konvokesyen  secara ‘live’ dari Dewan Muadzam Shah. Mesti ada yang cakap “Eihhh! Peghaknya dia tak pernah tengok orang konvo”. Eh, hello! Saya pernah tengok orang konvo la tapi bukan sepenuhnya. Hanya dapat tengok kakak pakai jubah konvo tu dan pegang skroll dia bila dah keluar dewan. Suasana dalam dewan tak pernah tahu pun macam mana. Sebab yang dibenarkan masuk dewan hanya 2 orang waris si penerima ijazah je. Orang lain dok melopong kat luar dewan .Dan semalam secara live dapat tengok istiadat konvokesyen daripada mula sampai la ke penghujungnya. Daripada awal Canselor datang sampai la canselor berangkat pulang. Konvokesyen khas ni dibuat sempena keberadaan yang di pertuan agong merangkap Canselor  U di Istana Anak Bukit sebelum berangkat pulang ke Istana Kuala Lumpur. ( x blh lama2 kat kampung nnt rakyat jelata rindu (‘’,)

Mula-mula tak nak pergi sebab takde kawan, tapi last2 rasa macam kesian kat Ketua blok dok cari wakil utk Penginapan. So, join la walaupun mula2 rasa macam terkontang- kanting kat situ. Masuk dewan cari tempat duduk yang betul2 kat laluan Yg dipertuan Agong dengan kerabat VVIP lalu. Tempat yg sangat strategik sebab berdekatan dengan pentas dan di hadapannya barisan pelajar yang bakal menerima anugerah khas. Barisan pelajar ijazah 1st class with anugerah pelbagai. Wow, kelas ko jah. Bior Terasa aura yang menyemarakkan semangat nak belajar.

16 orang pelajar yang terima Anugerah Khas dan 3 orang dilantik sebagai Pro- Canselor  sempena Istiadat Konvokesyen UUM kali ke 25 semalam. Dan yang paling mengujakan salah seorangnya adalah senior Nurul, Abang khairi. Benarlah jangkaan para pensyarah yang dia akan grad dengan 1st class degree dan ditambah pula semalam dapat anugerah khas alumni.(nama belakang x ingat sbb panjang sangat). Orang yang banyak bagi nasihat, dan banyak tolong orang lain. Dia ni istimewa sebab kelainan upaya tapi semangat dia memang kuat. Kalo orang ambil exam kat dewan utama, dia terpaksa ambil exam kat bilik khas yang hanya dia sorang yang ada sebab faktor2 kesihatan yang tidak mengizinkan duduk exam ramai2. Nak tau x? I’m really really jealous towards him. Ayyo! Dah kenapa pulak? Sebab pensyarah sentiasa ingat dia, nama dia. And bila ada ruang dan peluang pensyarah akan  cerita tentang diri dia. Walaupun dah bersemester  tak mengajar dia, pensyarah ingat sampai la ni. Haish! Betoi2 jeles nih. Dan sebab duduk belakang  pelajar cemerlang, Nurul sempat wish tahniah kat dia (walaupun sebenaqnya dia bukan kenai sungguh dengan aku pun) (>,<).

Orang lain menangis terharu dan sebak, Nurul pun ikut menangis juga. TAK sedar ok! Mungkin sebab perasaan dah bercampur kot. Berbaloilah kesusahan dan kepayahan yang mereka alami sepanjang berkelana mencari ilmu. Pesan pakcik (he’s not my uncle ok). ‘pakcik’ ni adalah  Tan Sri Datuk Mustapha Kamal Abu Bakar, pengerusi eksekutif MK Land. Sangat merendah diri dengan menggelarkan dirinya pakcik. Pakcik cakap dalam hidup ni jadikan pengalaman sebagai guru. Pengalaman yang membawa kita ke arah yang lebih baik jika kita berfikir ingin mengubah hidup. JANGAN LUPA SEBAB APA KITA WUJUD ATAS MUKA BUMI. JANGAN LUPAKAN ALLAH, JANGAN TINGGALKAN SOLAT & AL-QURAN. Itu adalah panduan kita. Sentiasa hormati sesiapapun terutama pendidik kita. Bila dah kaya, kongsilah kekayaan dengan mereka yang tidak berkemampuan. The more you give, the more you get.

hanya ini sebagai tatapan :')


Doakan saya berkesempatan untuk konvo bila sampai waktunya, doakan saya juga cemerlang dalam pelajaran dan pembinaan sahsiah diri.
Semoga kalian juga berjaya. Amin!

wallahua'lam.
bersama pengulas tak profesional anda: Nurul huda

2 comments:

ada orang bercahaya komen