Saturday, June 15, 2013

Aku Mahu Pelangi.

Kadangkala kita selalu tanya,
selalu bersoal jawab dengan hati,
bermain teka- teki dengan akal,
kenapa teruk sangat nasib kita kan?
hingga terkadang berdengung persoalan dikepala,
tidak bertemu jawapan yang pasti,
airmata jatuh luruh dipipi kerana tidak berdaya mencari kepastian.
hingga terasa tidak wajar diri ini menerima hukuman DIA,
kerap kali syaitan menjerat akal mengajak berpaling kepada dia.
hingga terkadang iman goyah mengikat langkah nafsu.
hingga jiwa yang rapuh bertambah luluh menunduk ke lantai dunia,
melupakan akhirat yang pasti ada untuk kita.

Mungkin!
Mungkin sekarang kita terasa terlalu teruk,
terlalu berat ujian Tuhan,
tapi INGAT,
ALLAH tidak pernah memberikan ujian jika hambanya tidak mampu bukan?
Tanam dalam iman,
Pasakkan dalam akal dan fikiran,
akan datang akhirnya kebahagiaan setelah jerihnya penderitaan,
bertamu akhirnya senyuman selepas tangisan.

PERCAYA, 
bahawa nikmat Allah itu akan datang setelah terjadinya kesusahan.
Tidak kita lihat pelangi jika tidak kerana hujan bukan?
yang baik akan datang jua akhirnya,
Percayalah kepada kuasa Yang Maha Esa.
Insyaallah.

MOHON, 
jangan patahkan semangat aku,
jangan tinggalkan aku terkapai mencari cahaya bila dalam kegelapan.
Mohon bantu aku ya teman.

credit to uncle Google



Yang mohon dibantu,
nurulhuda.
150613
6 syaaban 1434

3 comments:

  1. penulisan yg punya maksud yg mendalam. bantulah aku juga ya teman :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. harapan hati :). Insyaallah, selagi terdaya. kita sahabat selamanya :)

    ReplyDelete

ada orang bercahaya komen